Tarikh

: 02 Julai 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita yang bergelar usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tutorial mereka cipta label menu masakan melalui aplikasi Canva dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tutorial mereka cipta label menu masakan melalui aplikasi Canva menerusi atas talian. Selain itu, peserta melayari laman web https://canva.com/ kemudian memilih rekaan templat label yang bersesuaian. Setelah itu, peserta memilih daripada pustaka yang telah tersedia dengan unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan pebagai lagi. Selepas itu, peserta menyunting imej yang menarik dan menambah teks yang bersesuaian. Justeru setelah selesai, peserta mengklik pada butang “Simpan” untuk dimuat turun bagi membuat cetakan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 18 Jun 2022

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara memuat turun gambar dari Google Images dengan menggunakan cara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara memuat turun gambar menerusi laman web Google Images. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang cara-cara memuat turun gambar dari https://googleimages.com/ kemudian simpan ke dalam dokumen. Kemudian, peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan imej yang telah dimuat turun untuk disunting menerusi perisian Microsoft Publisher agar kedudukan imej dilihat kemas. Selain daripada itu, peserta juga dapat membuat kerja kursus sekolah dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Akhirnya, pelajar meminta petugas untuk membuat cetakan bagi gambar yang telah dimuat turun.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 25 Mei 2022 (Updated 14 Jun 2022)

Masa

: 10.00 Pagi – 3.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital Kampung Jemapoh

Pelawat

: Delegasi Lawatan Tanzania Communications Regulatory Authority (TCRA) &          Usahawan PEDi Kg Jemapoh

 

Tujuan

Lawatan tersebut dihadiri oleh Delegasi Lawatan Tanzania Communications Regulatory Authority (TCRA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysiaiaitu :-

1. Tuan Haji Bukhari Yahya (Ketua Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Komuniti, MCMC)

2. Mr. John W. Daffa (Director of Licensing and Compliance Tanzania Communications Regulatory Authority)

3. Syahniza Md Shah (Ketua Jabatan Hal Ehwal Serantau dan Pelbagai Hala, MCMC)

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memahami peranan PEDi pada komuniti setempat dan usahawan yang dibimbing oleh PEDi.

 

Aktiviti

Petugas PEDi Kampung Jemapoh menyambut ketibaan delegasi Tanzania Communications Regulatory Authority (TCRA) dan delegasi MCMC. Seterusnya, sesi pembentangan produk oleh usahawan kepada delegasi Tanzania Communications Regulatory Authority (TCRA) mengenai produk yang dihasilkan. Antara usahawan yang terlibat adalah :-

1. Raudhah (Jemapoh Pizza Kayu Api)

2. Mohd Ismail Haron (Kraf Rotan Perabot Rotan Jaya)

3. Muhammad Zulhusni (Tanjak Warisan)

 

Setelah itu, petugas PEDi mengiringi delegasi ke PEDi Kampung Jemapoh untuk melihat fasiliti dan kemudahan yang tersedia. Kemudian, petugas PEDi memberi pembentangan kepada delegasi tentang fungsi serta peranan PEDi dalam pembangunan usahawan PEDi. Akhir sekali, sesi bergambar dan penyampaian cenderahati PEDi kepada VIP serta aktiviti tanda buku pelawat oleh VIP juga diadakan sebelum majlis bersurai.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 16 Jun 2022

Masa

: 02.30 Petang – 03.30 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita yang bergelar usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tutorial mereka cipta kad perniagaan melalui aplikasi Canva dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tutorial mereka cipta kad perniagaan melalui aplikasi Canva menerusi atas talian. Selain itu, peserta melayari laman web https://canva.com/ kemudian memilih rekaan templat kad perniagaan yang bersesuian. Setelah itu, peserta memilih daripada pustaka yang telah tersedia dengan unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan pebagai lagi. Selepas itu, peserta menyunting imej yang menarik dan menambah menyunting teks yang bersesuaian. Justeru setelah selesai, peserta mengklik pada butang “Simpan” untuk dimuat turun bagi membuat cetakan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 02 Jun 2022

Masa

: 03.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerusi atas talian menggunakan panduan yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerusi atas talian. Selain itu, peserta juga diminta untuk memuat turun manual bagi panduan mengisi borang permohonan tersebut. Seterusnya, peserta melayari laman web https://rmrportal.spnbonline.com.my/. Kemudian, peserta membuat pendaftaran baru bagi mengelog masuk ke portal tersebut. Selepas itu, peserta menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftar untuk memulakan permohonan RMR. Selain daripada itu, peserta juga mengisi maklumat pada borang RMR ke dalam sistem. Setelah peserta lengkap mengisi borang tersebut, peserta juga memuat turun borang untuk dicetak. Akhir sekali, peserta hendaklah menghantar borang serta dokumen yang telah lengkap diisi tersebut ke Pejabat Cawangan SPNP yang berdekatan bagi tujuan semakan.

Gambar Disini