Latihan Keusahawanan: Microsoft Word: Cara-cara Membuat Kertas Kerja Permohonan Bantuan Tanaman Padi
Tarikh |
: 03 Februari 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh usahawan tanaman padi. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat mempelajari tatacara penggunaan Microsoft Word dengan betul untuk membuat kertas kerja bagi permohonan bantuan tanaman padi.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan Microsoft Word dengan memperkenalkan ikon-ikon yang terdapat pada perisian tersebut. Setelah itu, peserta diajar untuk menaip maklumat-maklumat yang berkenaan pada templat Microsoft Word. Selain daripada itu, peserta juga diajar untuk memasukkan gambar-gambar yang berkenaan ke dalam kertas kerja tersebut, Akhir sekali, peserta berjaya menyiapkan kertas kerja yang telah dibuat dengan kemas. Peserta menyimpan kertas kerja tersebut sebagai dokumen dan untuk cetakan.
Tarikh |
: 20 Januari 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat menghasilkan poster ucapan tahun baru cina yang menarik dan kreatif secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara mengakses ke laman web https://www.canva.com. Setelah itu, peserta memilih templat poster yang ingin digunakan. Selain daripada itu, peserta diajar oleh petugas cara-cara untuk menggunakan ikon-ikon yang telah disediakan pada aplikasi tersebut. Selain itu, peserta memilih gambar, elemen animasi teks tulisan yang menarik serta reka bentuk yang bersesuaian untuk digunakan dalam poster berkenaan. Justeru setelah peserta selesai merekacipta poster tersebut, peserta memuat turun poster ucapan itu untuk cetakan dan simpan sendiri.
Tarikh |
: 07 Januari 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah meningkatkan tahap penguasaan para peserta terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris secara atas talian dengan menggunakan tatacara yang betul.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara mengakses ke laman web https://www.english-4u.de/. Setelah itu, peserta diberi pilihan untuk memilih antara kebanyakan soalan latihan Bahasa Inggeris yang terdapat pada halaman aplikasi tersebut dengan mengikut kesesuaian masing-masing. Selain itu, peserta menjawab soalan-soalan latihan yang diberi menerusi aplikasi tersebut. Selain daripada itu, petugas juga menjalankan sesi soal jawab dan perbincangan jawapan bersama para peserta.
Tarikh |
: 13 Januari 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang warga emas dari komuniti setempat. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara memuat turun gambar dari aplikasi Google Images dengan menggunakan tatacara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara memuat turun gambar menerusi laman web Google Images. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang tatacara memuat turun gambar dari enjin carian https://googleimages.com/. Kemudian gambar yang telah dimuat turun akan disimpan ke dalam perisian komputer. Selain daripada itu, peserta juga diajar tatacara untuk memasukkan gambar yang telah dimuat turun untuk disunting menerusi perisian Microsoft Publisher agar kedudukan imej dilihat kemas. Setelah itu, peserta meminta petugas untuk membuat cetakan bagi gambar yang telah dimuat turun itu.
Tarikh |
: 02 Januari 2023 |
Masa |
: 10.00 Petang – 11.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah meningkatkan tahap penguasaan dan memberi pendedahan kepada para peserta tentang tatacara penggunaan aplikasi permainan pendidikan dengan menggunakan cara-cara yang betul.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara mengakses ke laman web https://www.online-coloring.com/. Setelah itu, peserta memilih templat lukisan mengikut kehendak masing-masing. Selain itu, peserta mewarnakan lukisan tersebut dengan menggunakan berus mengikut tema yang telah dipilih secara atas talian. Selain daripada itu, petugas memberi cadangan dan menerangkan warna yang bersesuaian untuk digunakan pada suatu lukisan tersebut. Akhir sekali, para peserta berjaya menghasilkan suatu lukisan yang kreatif dan menarik dengan menggunakan teknik yang betul menerusi aplikasi tersebut.