Tarikh |
: 11 Mei 2022 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta bergolongan remaja. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat tuntutan bagi bantuan COVID-19 melalui portal mySalam dengan menggunakan prosedur yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat tuntutan bagi bantuan COVID-19 melalui portal mySalam. Pertama sekali, peserta melayari laman web mySalam menerusi pautan https://www.mysalam.com.my/b40/public/. Setelah itu, peserta klik pada butang “Log Masuk” untuk mengelog masuk akaun mySalam telah didaftar. Kemudian, peserta klik pada bahagian “Tuntutan Hospiliti” bagi menuntut bantuan tersebut. Peserta juga lengkap mengisi semua maklumat yang diminta dan memuatnaik dokumen ke dalam borang tuntutan tersebut. Peserta juga memastikan semua maklumat yang telah diisi dalam borang tuntutan tersebut adalah betul dan seterusnya klik pada butang “Hantar”.