Tarikh

: 21 Januari 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita berstatus OKU (Orang Kurang Upaya). Tujuan kelas ini adalah memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini akaun Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara atas talian.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini akaun bagi di portal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Pertama sekali, peserta diminta untuk melayari laman web www.bkm.hasil.gov.my di carian Google. Setelah itu, peserta mengelog masuk pada akaun BKM dan membuat kemaskini maklumat yang baharu. Peserta juga menukar status bujang kepada berkahwin pada profil peribadi. Seterusnya, peserta klik pada butang “Hantar” setelah selesai membuat kemaskini. Selain daripada itu, peserta turut meminta petugas untuk mencetak borang BKM tersebut sebagai simpanan peserta untuk masa akan datang.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 15 Januari 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh beberapa belia dari lepasan SPM. Tujuan kelas adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat resume yang lengkap dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat resume yang lengkap dengan cara yan betul. Selain itu, peserta membuat template resume terlebih dahulu. Kemudian, peserta menambah maklumat diri ke dalam template tersebut. Setelah itu, peserta juga diajar oleh petugas cara-cara untuk menyunting kedudukan maklumat-maklumat di ruang template agar resume tersebut dilihat kemas. Akhir sekali, peserta berjaya menghasilkan resume yang lengkap dan kemas.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 03 Januari 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang usahawan lelaki. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara mendaftar akaun Gmail yang baharu dengan menggunakan tatacara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan pengenalan tentang Gmail serta cara-cara mendaftar akaun emel menerusi di atas talian kepada peserta. Petugas juga meminta peserta untuk menggunakan link https://www.gmail.com.my/ untuk membuat pendaftaran akaun emel yang baru. Selain itu, peserta melengkapkan data profil peribadi pada akaun tersebut. Seterusnya, peserta klik tekan pada ikon “Manage Your Google Account” untuk menukar kata laluan. Akhir sekali, peserta berjaya untuk mengelog masuk pada akaun Gmail yang telah beliau daftarkan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 07 Januari 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang warga emas lelaki. Tujuan kelas ini adalah petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara menyertai kursus secara atas talian yang telah ditetapkan menerusi aplikasi video Zoom Meeting dengan cara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara penggunaan aplikasi video tersebut. Seterusnya, peserta juga diminta untuk melayari laman web Google terlebih dahulu untuk mengelog masuk ke platform Zoom Meeting menerusi akaun emel Gmail. Selepas itu, peserta mengemaskini nama pada akaun bagi aplikasi video tersebut sebelum memasuki kursus secara atas talian. Akhirnya, peserta telah berjaya memasuki kelas secara atas talian yang disertai oleh beberapa peserta yang lain bersama tenaga pengajar mereka.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 21 Disember 2021

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta lelaki. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menggunakan aplikasi whatsapp web pada komputer dengan tatacara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan aplikasi whatsapp web menerusi komputer. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://whatsappweb.com. Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk membuka kotak “barcode” di aplikasi whatsapp menerusi telefon pintar. Kemudian, peserta diminta untuk mengimbas kotak “barcode” tersebut pada kod QR yang diberi. Akhir sekali, peserta berjaya mengakses aplikasi whatsapp web pada komputer. Aplikasi tersebut turut membantu peserta untuk berkomunikasi secara atas maya dengan lebih mudah dan jelas.

Gambar Disini