Tarikh

: 13 Mei 2022

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta bergolongan remaja. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara penggunaan Microsoft Word dan memuat naik gambar dari Google Images dengan menggunakan cara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang fungsi Microsoft Word. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang cara-cara memuat turun gambar menerusi Google Images. Kemudian, peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan imej yang telah dimuat turun ke dalam Microsoft Word. Seterusnya, peserta turut diberi tunjuk ajar oleh petugas tentang tatacara penggunaan ikon seperti ClipArt dan Shapes . Selain daripada itu, peserta juga dapat membuat kerja kursus sekolah dengan menggunakan Microsoft Word. Akhirnya, pelajar meminta petugas untuk membuat cetakan bagi kerja kursus yang telah berjaya dibuat menerusi perisian Microsoft Word.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 11 Mei 2022

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta bergolongan remaja. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat tuntutan bagi bantuan COVID-19 melalui portal mySalam dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat tuntutan bagi bantuan COVID-19 melalui portal mySalam. Pertama sekali, peserta melayari laman web mySalam menerusi pautan https://www.mysalam.com.my/b40/public/. Setelah itu, peserta klik pada butang “Log Masuk” untuk mengelog masuk akaun mySalam telah didaftar. Kemudian, peserta klik pada bahagian “Tuntutan Hospiliti” bagi menuntut bantuan tersebut. Peserta juga lengkap mengisi semua maklumat yang diminta dan memuatnaik dokumen ke dalam borang tuntutan tersebut. Peserta juga memastikan semua maklumat yang telah diisi dalam borang tuntutan tersebut adalah betul dan seterusnya klik pada butang “Hantar”.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 16 April 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

Porgram ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang cabaran remaja pada masa kini yang disampaikan oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam program advokasi KafeTEEN dengan kerjasama PEDi Kampung Jemapoh.

 

Aktiviti

Pihak LPPKN memberi pengenalan kepada peserta mengenai cabaran remaja pada masa kini. Topik berkenaan cabaran remaja pada masa ini adalah berkisarkan tentang bagaimana warga belia pada masa kini harus mengharungi pelbagai cabaran iaitu dari sudut positif atau negatif. Selain itu, pihak LPPKN juga memberi penerangan dan dorongan kepada para peserta yang berkait rapat dengan topik tersebut. Selain daripada itu, program tersebut dijalankan menerusi atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Justeru itu, peserta mendaftar masuk ke akaun Gmail bagi menyertai program tersebut. Akhir sekali, program advokasi KafeTEEN@PEDi Kampung Jemapoh berjalan dengan lancar dengan kehadiran peserta dari kalangan belia.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 07 Mei 2022

Masa

: 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara memohon pendaftaran

SPA9i secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara memohon pendaftaran akaun baru SPA9i melalui atas talian. Pertama sekali, peserta melayari laman portal Skim Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9i) menerusi pautan https://spa9.spa.gov.my. Setelah itu, peserta mengklik pada “Pendaftaran Pengguna” dan membuat pendaftaran akaun baru. Kemudian, peserta mengisi maklumat pada borang permohonan. Setelah lengkap mengisi semua maklumat yang diminta, peserta mengklik pada butang “Simpan”. Peserta juga memastikan semua maklumat yang telah diisi di borang permohonan adalah betul dan klik pada butang “Daftar” setelah selesai.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 13 April 2022

Masa

: 2.00 Petang – 3.30 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menduduki peperiksaan SPA9i secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara menduduki peperiksaan SPA9i melalui atas talian. Pertama sekali, peserta mengelog masuk akaun Gmail terlebih dahulu untuk memasuki pautan yang diberi bagi menduduki peperiksaan SPA9i. Setelah itu, peserta memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah diberi sebelum sesi peperiksaan bermula. Peserta juga menjawab soalan-soalan peperiksaan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Setelah selesai sesi menjawab tamat, peserta mengklik pada buntang “Hantar”.

Gambar Disini