Tarikh

: 04 Oktober 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 2.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: Komuniti setempat

 

Tujuan

Program Kaunter Bergerak Tabung Haji Komuniti adalah program kolaborasi pihak Tabung Haji bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh yang diadakan di sekitar perkarangan PEDi Kampung Jemapoh. Tujuan program ini adalah mempromosikan perkhidmatan tabung haji kepada komuniti setempat untuk berurusan dengan pihak tabung haji dengan mudah.

 

Aktiviti

Pertama sekali, program kaunter bergerak tabung haji ini telah dihadiri dengan beberapa orang petugas dari pihak tabung haji untuk membantu penduduk setempat untuk melakukan transaksi dengan mudah. Selain itu, kaunter bergerak tabung haji menawarkan beberapa transaksi yang boleh dilakukan kepada penduduk sekitar antaranya pembukaan akaun baharu, pendaftaran haji, pengemaskinian maklumat, penyimpanan dan pengeluaran wang serta pelbagai lagi urusan transaksi yang boleh dilakukan. Selain daripada itu, program ini turut mendapat sambutan dan sokongan yang baik dari komuniti setempat untuk membuat urusan serta mendapat kerjasama dari pihak pengerusi bersama ahli jawatan kuasa kampung.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 07 Oktober 2022

Masa

: 03.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah tahap 1. Tujuan bengkel ini adalah memberi pengenalan kepada peserta tentang asas dalam perisian Microsoft Word Office dengan menggunakan tatacara yang betul.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi pengenalan kepada peserta tentang perisian Microsoft Word Office. Kemudian, petugas juga memperkenalkan setiap ikon beserta fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut. Selain itu, peserta diminta untuk mengakses perisian Microsoft Word untuk membuat latihan amali secara menaip artikel. Seterusnya, peserta diberi satu latihan menaip artikel ringkas.mHal ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dari kemahiran dalam penggunaan tetikus dan papan kekunci dengan cara yang betul. Akhir sekali, peserta boleh menaip artikel dengan menggunakan papan kekunci di perisian Microsoft Word Office dengan baik.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 17 September 2022

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari golongan wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara menghasilkan resume dengan menggunakan aplikasi Canva secara atas talian dengan cara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat resume menerusi aplikasi Canva. Pertama sekali, peserta megakses ke laman web https://www.canva.comuntuk log masuk ke daam akaun Canva. Seterusnya, peserta memilih templat resume yang bersesuaian untuk menghasilkan resume yang menarik. Setelah itu, peserta melengkapkan pada bahagian maklumat diri, akademik dan pengalaman kerjaya pada templat resume tersebut. Sejurus itu, peserta memuat turun resume yang telah selesai dibuat itu untuk dicetak.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 03 Oktober 2022

Masa

: 04.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menyunting imej dengan menggunakan perisian Microsoft Publisher dengan tatacara penggunaan yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menyunting imej di Microsoft Publisher. Pertama sekali, peserta mengakses ke laman web https://www.googleimage.comuntuk memuat turun imej yang berkenaan. Setelah peserta selesai memuat turun imej, peserta mengakses ke perisian Microsoft Publisher untuk menyunting imej tersebut agar kelihatan lebih menarik. Peserta klik pada ikon “File” dan pilih imej untuk disunting. Peserta juga menggunakan ikon “Brightness”” dan “Contrast” untuk menyunting tahap pencahayaan pada imej tersebut. Setelah peserta selesai sunting, peserta menyimpan fail tersebut untuk membuat cetakan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 13 September 2022

Masa

: 04.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari golongan warga emas. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara memuat turun lagu kemerdekaan menerusi aplikasi SaveFrom.Net dengan menggunakan prosedur yang tepat.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara memuat turun lagu kemerdekaan menerusi atas talian. Pertama sekali, peserta melayari aplikasi Youtube untuk mendapatkan pautan URL bagi lagu tema kemerdekaan untuk dimuat turun. Setelah itu, peserta menyalin pautan URL tersebut dan mengakses ke aplikasi https://en.savefrom.net/213/. Sejurus itu, peserta menampal pautan URL tersebut pada kotak kosong yang telah disediakan dan seterusnya peserta klik pada ikon “Download”. Setelah proses muat turun selesai, peserta memindahkan lagu yang telah dimuat turun ke dalam perisian memori.

Gambar Disini