NS DAIRY FARM
Genetik & pembiakbakaan ternakan juga adalah sangat penting diberi perhatian dalam pembangunan program tenusu. Kita faham populasi ternakan tenusu negara adalah sangat kecil untuk memberikan impak yang besar tetapi pepatah orang dulu menyatakan "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" wajar diikuti. Tiada negara didunia ini yang menyediakan ternakan berdasarkan breeding trait untuk negara kita, oleh itu kita yang perlu menyediakannya baka tenusu untuk kepentingan ladang kita sendiri dan generasi pewaris.
Untuk berkembang dan maju dalam tenusu, banyak faktor pengeluaran wajib digembeling secara bersepadu & dipertingkatkan dari masa kesemasa. Ini khususnya kawasan menternak yang berhampiran dengan pasaran dengan kemudahan infra yang baik, pengeluaran rumput/foder berkualiti, baka lembu yang sesuai dipersekitaran tempatan, kawalan penyakit, bahan mentah makanan ternakan yang mampu beli & bekalan berterusan, harga susu yang meyakinkan berbanding kualiti, khidmat sokongan makmal permakanan & kajian penyakit yang mantap, kemudahan rantaian sejuk susu & pasaran yang setabil.
Lokasi :
Sumber : https://www.facebook.com/NS-Dairy-Farm-425561510943091/about
- Seterusnya
- Seterusnya >>