Tarikh |
: 02 Jun 2022 |
Masa |
: 03.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerusi atas talian menggunakan panduan yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerusi atas talian. Selain itu, peserta juga diminta untuk memuat turun manual bagi panduan mengisi borang permohonan tersebut. Seterusnya, peserta melayari laman web https://rmrportal.spnbonline.com.my/. Kemudian, peserta membuat pendaftaran baru bagi mengelog masuk ke portal tersebut. Selepas itu, peserta menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftar untuk memulakan permohonan RMR. Selain daripada itu, peserta juga mengisi maklumat pada borang RMR ke dalam sistem. Setelah peserta lengkap mengisi borang tersebut, peserta juga memuat turun borang untuk dicetak. Akhir sekali, peserta hendaklah menghantar borang serta dokumen yang telah lengkap diisi tersebut ke Pejabat Cawangan SPNP yang berdekatan bagi tujuan semakan.