Tarikh |
: 05 April 2022 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah membantu peserta tentang cara-cara membuat pembayaran zakat fitrah melalui atas talian di portal MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) dengan menggunakan prosedur yang tepat.
Aktiviti
Petugas menyampaikan sedikit penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pembayaran zakat fitrah melalui atas talian di portal MAINS. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://www.zakatns2u.biz/fitrah/. Seterusnya, petugas meminta peserta membaca dan memahami manual pembayaran zakat fitrah dahulu bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Kemudian, peserta mengisi maklumat diri dalam borang dengan membaca niat membayar zakat. Setelah itu, peserta membuat pembayaran melalui perbankan internet menerusi platform FPX. Akhirnya, peserta berjaya membuat pembayaran zakat fitrah dengan perbankan internet dan memuat turun resit fitrah yang telah dibayar.
Tarikh |
: 01 April 2022 |
Masa |
: 3.00 Petang – 4.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah membantu peserta tentang cara-cara membuat pendaftaran prasekolah bagi pengambilan tahun 2023 secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang tepat.
Aktiviti
Petugas menyampaikan sedikit penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pendaftaran prasekolah bagi pengambilan tahun 2023. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://public.moe.gov.my. Seterusnya, petugas meminta peserta membaca dan memahami manual pengisian borang terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Kemudian, peserta mengemaskini maklumat dalam borang pendaftaran secara atas talian. Akhirnya, peserta menghantar borang yang telah lengkap dikemaskini secara atas talian serta memuat turun borang tersebut bagi tujuan pengesahan yang akan diserahkan pada pihak sekolah.
Tarikh |
: 13 Mac 2022 |
Masa |
: 3.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh beberapa peserta dari pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta bagi kemahiran asas menaip menggunakan komputer. Peserta diberi latihan asas menaip secara atas talian dengan menggunakan aplikasi www.typingclub.com.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan kepada para peserta tentang cara-cara menggunakan papan kekunci komputer untuk menaip. Selain itu, petugas juga memberi pengenalan kepada peserta tentang alat dan intrumen komputer yang akan digunakan. Setelah itu, peserta mempelajari asas menaip komputer dengan menggunakan aplikasi Typing Club. Aplikasi tersebut dapat membantu peserta untuk lebih mahir dalam penggunaan papan kekunci komputer.
Tarikh |
: 21 Mac 2022 |
Masa |
: 4.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang usahawan lelaki. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara penggunaan Google Form secara atas talian dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara penggunaan Google Form secara atas talian. Peserta menggunakan platform Google Form adalah untuk membuat pendaftaran kursus melalui atas talian membuat permohonan. Selain itu, petugas minta peserta untuk megelog masuk akaun emel terlebih dahulu. Setelah itu, peserta menekan link Google Form yang diberi untuk pendaftaran. Selepas daripada itu, peserta mengisi borang maklumat diri bagi pendaftaran kursus melalui platform tersebut. Akhir sekali, peserta telah menghantar borang tersebut melalui Google Form dengan mengikuti prosedur yang betul.
Tarikh |
: 12 Mac 2022 |
Masa |
: 2.30 Petang – 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Bengkel ini telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa JPKKP Kampung Terusan Ulu. Tujuan bengkel ini adalah memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang cara-cara membuat surat kiriman rasmi dan tatacara membuat kotak jadual dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Bengkel ini juga turut membantu meningkatkan kemahiran menaip bagi golongan warga emas dalam mengikuti arus teknologi maklumat pada masa kini.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat surat rasmi dan tatacara membuat kotak jadual yang ringkas di Microsoft Word. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses Microsoft Word di komputer masing-masing. Seterusnya, peserta diminta untuk memuat turun gambar dari Google Images ke dalam komputer. Setelah itu, peserta diajar oleh petugas untuk memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam Microsoft Word. Selain daripada itu, peserta juga mempelajari cara untuk membuat kotak jadual yang ringkas dalam Microsoft Word. Sebelum sesi kelas berakhir, peserta diminta untuk membuat latihan yang telah disediakan agar peserta dapat menaip dengan baik dan pantas serta dapat menggunakan papan kekunci dengan lebih mahir.