Tarikh

: 25 Mei 2022 (Updated 14 Jun 2022)

Masa

: 10.00 Pagi – 3.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital Kampung Jemapoh

Pelawat

: Delegasi Lawatan Tanzania Communications Regulatory Authority (TCRA) &          Usahawan PEDi Kg Jemapoh

 

Tujuan

Lawatan tersebut dihadiri oleh Delegasi Lawatan Tanzania Communications Regulatory Authority (TCRA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysiaiaitu :-

1. Tuan Haji Bukhari Yahya (Ketua Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Komuniti, MCMC)

2. Mr. John W. Daffa (Director of Licensing and Compliance Tanzania Communications Regulatory Authority)

3. Syahniza Md Shah (Ketua Jabatan Hal Ehwal Serantau dan Pelbagai Hala, MCMC)

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memahami peranan PEDi pada komuniti setempat dan usahawan yang dibimbing oleh PEDi.

 

Aktiviti

Petugas PEDi Kampung Jemapoh menyambut ketibaan delegasi Tanzania Communications Regulatory Authority (TCRA) dan delegasi MCMC. Seterusnya, sesi pembentangan produk oleh usahawan kepada delegasi Tanzania Communications Regulatory Authority (TCRA) mengenai produk yang dihasilkan. Antara usahawan yang terlibat adalah :-

1. Raudhah (Jemapoh Pizza Kayu Api)

2. Mohd Ismail Haron (Kraf Rotan Perabot Rotan Jaya)

3. Muhammad Zulhusni (Tanjak Warisan)

 

Setelah itu, petugas PEDi mengiringi delegasi ke PEDi Kampung Jemapoh untuk melihat fasiliti dan kemudahan yang tersedia. Kemudian, petugas PEDi memberi pembentangan kepada delegasi tentang fungsi serta peranan PEDi dalam pembangunan usahawan PEDi. Akhir sekali, sesi bergambar dan penyampaian cenderahati PEDi kepada VIP serta aktiviti tanda buku pelawat oleh VIP juga diadakan sebelum majlis bersurai.

Gambar Disini