Tarikh

: 07 Mei 2022

Masa

: 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara memohon pendaftaran

SPA9i secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara memohon pendaftaran akaun baru SPA9i melalui atas talian. Pertama sekali, peserta melayari laman portal Skim Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9i) menerusi pautan https://spa9.spa.gov.my. Setelah itu, peserta mengklik pada “Pendaftaran Pengguna” dan membuat pendaftaran akaun baru. Kemudian, peserta mengisi maklumat pada borang permohonan. Setelah lengkap mengisi semua maklumat yang diminta, peserta mengklik pada butang “Simpan”. Peserta juga memastikan semua maklumat yang telah diisi di borang permohonan adalah betul dan klik pada butang “Daftar” setelah selesai.

Gambar Disini