Tarikh

: 13 Mei 2022

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta bergolongan remaja. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara penggunaan Microsoft Word dan memuat naik gambar dari Google Images dengan menggunakan cara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang fungsi Microsoft Word. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang cara-cara memuat turun gambar menerusi Google Images. Kemudian, peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan imej yang telah dimuat turun ke dalam Microsoft Word. Seterusnya, peserta turut diberi tunjuk ajar oleh petugas tentang tatacara penggunaan ikon seperti ClipArt dan Shapes . Selain daripada itu, peserta juga dapat membuat kerja kursus sekolah dengan menggunakan Microsoft Word. Akhirnya, pelajar meminta petugas untuk membuat cetakan bagi kerja kursus yang telah berjaya dibuat menerusi perisian Microsoft Word.

Gambar Disini