Tarikh |
: 04 September 2022 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat permohonan kemasukan ke MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) 2023 secara atas talian bagi tingkatan 1 menerusi atas talian dengan menggunakan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara memohon kemasukan ke MRSM menerusi atas talian. Pertama sekali, peserta melayari laman sistem rasmi permohonan MRSM dengan menggunakan pautan https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/. Sebelum mengakses sepenuhnya ke dalam sistem tersebut, peserta mendaftar sebagai pengguna. Setelah pendaftaran sebagai pengguna berjaya, peserta mengelog masuk ke sistem borang permohonan tersebut dengan menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan. Kemudian, peserta mengisi dan melengkapkan butiran maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut. Akhirnya, peserta berjaya melengkapkan borang permohonan tersebut dengan mengklik pada ikon “Hantar”.
Tarikh |
: 03 September 2022 |
Masa |
: 09.00 Pagi – 10.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara menjawab soalan kuiz STEM Evolution 2022 secara atas talian menerusi platform Google Form dengan menggunakan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menjawab soalan kuiz secara atas talian menerusi platform Google Form. Pertama sekali, peserta membuat semakan dan mendapatkan pautan kuiz https://sites.google.com/moe-dl.../stemevolutionns-2022/home yang telah dihantar melalui email. Kemudian, peserta mengelog masuk ke aplikasi Google Form dengan menggunakan ID DELIMa yang telah didaftarkan. Sejurus itu, peserta menjawab soalan kuiz yang telah dipaparkan dengan mengikuti tempoh masa yang telah ditetapkan. Peserta turut klik pada ikon “Hantar” setelah berjaya menjawab setiap soalan kuiz yang telah diberi.
Tarikh |
: 19 Ogos 2022 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara memuat turun imej dari laman web Google Images dengan menggunakan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara memuat turun gambar menerusi laman web Google Images. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang cara-cara memuat turun gambar dari https://www.googleimage.com kemudian simpan ke dalam dokumen. Kemudian, peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan imej yang telah dimuat turun untuk disunting menerusi perisian Microsoft Word agar kedudukan imej dilihat kemas. Setelah itu, pelajar meminta petugas untuk membuat cetakan bagi imej yang telah dimuat turun.
Pastikan anda semak dahulu kesahihan sesuatu kandungan sebelum membuat perkongsian di media sosial.
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#TidakPastiJanganKongsi
http://kgjemapoh.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=205#sigFreeIdce27280dd0
Tarikh |
: 16 Ogos 2022 |
Masa |
: 04.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat pendaftaran akaun Gmail yang baharu dengan menggunakan prosedur yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pendaftaran akaun Gmail yang baharu. Pertama sekali, peserta diminta mengakses ke laman web Gmail melalui pautan https://www.gmail.com. Setelah itu, peserta klik pada butang “Create An Account” untuk pendaftaran ke akaun baharu. Kemudian, peserta melengkapkan data profil peribadi pada borang tersebut serta menentukan kata pengguna dan kata laluan, Setelah peserta selesai berjaya membuat pendaftaran, peserta cuba untuk mengelog masuk akaun Gmail dengan menggunakan kata pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.