Tarikh

: 02 Julai 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita yang bergelar usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tutorial mereka cipta label menu masakan melalui aplikasi Canva dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tutorial mereka cipta label menu masakan melalui aplikasi Canva menerusi atas talian. Selain itu, peserta melayari laman web https://canva.com/ kemudian memilih rekaan templat label yang bersesuaian. Setelah itu, peserta memilih daripada pustaka yang telah tersedia dengan unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan pebagai lagi. Selepas itu, peserta menyunting imej yang menarik dan menambah teks yang bersesuaian. Justeru setelah selesai, peserta mengklik pada butang “Simpan” untuk dimuat turun bagi membuat cetakan.

Gambar Disini