Tarikh

: 16 April 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

Porgram ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang cabaran remaja pada masa kini yang disampaikan oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam program advokasi KafeTEEN dengan kerjasama PEDi Kampung Jemapoh.

 

Aktiviti

Pihak LPPKN memberi pengenalan kepada peserta mengenai cabaran remaja pada masa kini. Topik berkenaan cabaran remaja pada masa ini adalah berkisarkan tentang bagaimana warga belia pada masa kini harus mengharungi pelbagai cabaran iaitu dari sudut positif atau negatif. Selain itu, pihak LPPKN juga memberi penerangan dan dorongan kepada para peserta yang berkait rapat dengan topik tersebut. Selain daripada itu, program tersebut dijalankan menerusi atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Justeru itu, peserta mendaftar masuk ke akaun Gmail bagi menyertai program tersebut. Akhir sekali, program advokasi KafeTEEN@PEDi Kampung Jemapoh berjalan dengan lancar dengan kehadiran peserta dari kalangan belia.

Gambar Disini