USAHAWAN KUIH-MUIH
NAMA |
: NORAZLIANA BINTI MOHD RAHIM |
UMUR |
: 38 TAHUN |
AHLI |
: 2023 |
Latar belakang
Puan Norazliana tinggal di Desa Permai. Beliau merupakan seorang suri rumah. Beliau menjalankan perniagaan membuat kuih-muih seperti donut, karipap, pau goreng, pulut serunding dan lain-lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Puan Norazliana membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu,beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh, beliau kini boleh mengiklankan produk kuih-muih di media sosial whatsapp. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk yang ingin dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Norazliana di whatsapp. Perniagaan Puan Norazliaan juga semakin berkembang dan ramai pelanggan mengetahui mengenai produk tersebut di whatsapp hasil tunjuk ajar dan bimbingan khusus daripada pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Jemapoh.
ASAS ICT, AKSES LAMAN WEB DAN GMAIL
Nama |
: Zainal Abidin Bin Suli |
Umur |
: 61 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Encik Zainal merupakan seorang kontraktor. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap ICT dan ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Encik Zainal hanya tahu menggunakan komputer secara asas seperti menggunakan microsoft word.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI beliau dapat meningkatkan kemahiran ICT. Beliau juga menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai mengakses internet dengan baik.
ASAS ICT, AKSES LAMAN WEB DAN KELAS E-PEMBELAJARAN
Nama |
: Nur Qaleesya Nadiah Bt Nazri |
Umur |
: 12 tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Qaleesya merupakan seorang pelajar tahun enam. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap ICT dan ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Qaleesya hanya mempelajari ICT di sekolah. Beliau hanya tahu menggunakan komputer secara asas contohnya seperti melihat video di laman youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI beliau dapat meningkatakan kemahiran ICT. Beliau dapat mengakses laman web pembelajaran bagi mendapatkan soalan- soalan peperiksaan. Beliau juga menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip, belajar mewarna dan melukis melalui aplikasi “Paint”. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun emel. Beliau juga mengikuti setiap kelas e-pembelajaran di NADI bagi meningkatkan prestasi akademiknya.
ASAS ICT, AKSES LAMAN WEB, CANVA DAN GMAIL
Nama |
: Nur Hidayah Binti Abdul Talib |
Umur |
: 34 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Puan Hidayah merupakan seorang suri rumah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap ICT dan ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Puan Hidayah hanya tahu menggunakan komputer secara asas seperti menggunakan microsoft word.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI beliau dapat meningkatkan kemahiran ICT. Beliau juga menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai mengakses internet dengan baik.
ASAS ICT, AKSES LAMAN WEB DAN KELAS E-PEMBELAJARAN
Nama |
: Nur Tasnim Asyifaa Binti Mohd Firdaus |
Umur |
: 11 Tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Tasnim merupakan seorang pelajar tahun lima. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja mengenai ICT tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap ICT dan ingin menguasai kemahiran ICT yang terkini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Tasnim hanya mempelajari ICT di sekolah. Beliau hanya tahu menggunakan komputer secara asas contohnya seperti melihat video di laman youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan ICT yang dijalankan di NADI beliau dapat meningkatkan kemahiran ICT. Beliau dapat mengakses laman web pembelajaran bagi mendapatkan soalan- soalan peperiksaan. Beliau juga dapat menggunakan komponen komputer dengan betul serta dapat memahami setiap fungsi komponen tersebut. Selain itu, beliau juga sudah pandai menggunakan komputer untuk tujuan menaip, belajar mewarna dan melukis melalui aplikasi “Paint”. Beliau juga telah pandai mengakses internet dengan betul seperti membuat akaun emel. Beliau juga mengikuti setiap kelas e-pembelajaran di NADI bagi meningkatkan prestasi akademiknya.