Tarikh

: 04 Mac 2022

Masa

: 10.00 Petang – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta lelaki. Tujuan kelas ini adalah memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan TUNS 2022 (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan) secara atas talian dengan prosedur yang tepat.

Aktiviti

Petugas menyampaikan penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan TUNS 2022 secara atas talian. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://tuns.com.my. Seterusnya, petugas meminta peserta membaca dan memahami manual pengisian borang terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Kemudian, peserta mengemaskini maklumat dalam borang pendaftaran baru dengan mengikuti tatacara yang betul. Selain itu, peserta juga memuat naik dokumen sokongan seperti yang diminta ke dalam permohonan tersebut. Akhirnya, peserta berjaya menghantar borang yang telah lengkap dikemaskini secara atas talian.

Gambar Disini

Tarikh

: 18 Februari 2022

Masa

: 3.00 Petang – 4.00 Petang

: 05 Februari 2022

Masa

: 2.30 Petang – 4.30 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 5 orang

Tujuan

Bengkel ini telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa JPKKP Kampung Terusan Ulu. Tujuan bengkel ini adalah memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang cara-cara membuat kepala surat kerajaaan dalam surat kiriman rasmi dan tatacara membuat kotak jadual dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Bengkel ini juga turut membantu meningkatkan kemahiran menaip bagi golongan warga emas dalam mengikuti arus teknologi maklumat pada masa kini.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat kepala surat kerajaaan dalam format rasmi dan tatacara membuat kotak jadual yang ringkas di Microsoft Word. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses Microsoft Word di komputer masing-masing. Seterusnya, peserta diminta untuk memuat turun gambar dari Google Images ke dalam komputer. Setelah itu, peserta diajar oleh petugas untuk memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam Microsoft Word sebagai kepala surat dalam format kiriman rasmi. Selain daripada itu, peserta juga mempelajari cara untuk membuat kotak jadual yang ringkas dalam Microsoft Word. Sebelum sesi kelas berakhir, peserta diminta untuk membuat latihan yang telah disediakan agar peserta dapat menaip dengan baik dan pantas serta dapat menggunakan papan kekunci dengan lebih mahir.

Gambar Disini

Tarikh

: 12 Februari 2022

Masa

: 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 4 orang

Tujuan

Bengkel ini telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa JPKKP Kampung Terusan Ulu. Tujuan bengkel ini adalah memberi pendekatan kepada para peserta tentang cara-cara penggunaan perisian Microsoft Word dan tatacara memuat turun gambar dari Google Images. Bengkel ini juga turut membantu meningkatkan kemahiran penggunaan komputer bagi golongan warga emas dalam mengikuti arus teknologi maklumat pada masa kini.

Aktiviti

Petugas menerangkan kepada peserta tentang cara-cara menaip artikel yang ringkas dan tatacara membuat jadual dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses Microsoft Word di komputer masing-masing. Seterusnya, peserta diminta oleh petugas untuk menaip artikel yang ringkas dengan merujuk kepada petikan yang telah dipaparkan. Selain itu, peserta juga diajar untuk memuat turun gambar dari Google Images ke dalam komputer. Selain daripada itu, peserta juga mempelajari tatacara untuk membuat jadual dalam Microsoft Word. Sebelum sesi kelas berakhir, peserta diminta untuk membuat latihan yang telah disediakan agar peserta dapat menggunakan komputer dengan lebih mahir.

Gambar Disini

Tarikh

: 04 Februari 2022

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita yang bergelar usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat pembaharuan lesen perniagaan (SSM) secara atas talian. Kelas ini juga turut membantu usahawan untuk membuat pendaftaran dengan bila-bila masa sebelum tamat tarikh pendaftaran tamat.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara pembaharuan lesen perniagaan (SSM) di atas talian. Pertama, peserta diminta untuk mendaftar akaun sebagai pengguna dengan melayari portal https://ezbiz.ssm.com.my/. Seterusnya, peserta mengelog masuk akaun tersebut serta membuat permohonan pendaftaran perniagaan yang baharu. Selain itu, peserta juga membuat perbankan secara atas talian setelah mengisi maklumat perniagaan. Akhirnya, pendaftaran lesen perniagaan yang baharu telah berjaya dibuat oleh peserta tersebut.

Gambar Disini