Tarikh

: 18 November 2022

Masa

: 04.00 Petang – 06.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Program ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini adalah memberi pengetahuan dan tunjuk ajar kepada para peserta tentang tatacara mencipta reka infografik ringkas dengan menggunakan aplikasi Canva dengan cara-cara yang betul.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara mengakses dan menggunakan platform aplikasi Canva. Setelah itu, peserta diberi tunjuk ajar cara-cara untuk menggunakan ikon beserta fungsinya menerusi platform tersebut. Selain itu, peserta diminta untuk membuat infografik secara ringkas yang berkenaan dengan kempen Klik Dengan Bijak. Peserta juga memilih templat yang bersesuaian dan memenuhi ruang templat tersebut dengan pengisian maklumat serta elemen-elemen yang menarik. Akhir sekali, para peserta berjaya menghasilkan infografik yang kemas dan kreatif menerusi aplikasi Canva.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 11 November 2022

Masa

: 04.00 Petang – 06.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Program ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta untuk mengakses internet bagi mendapatkan tutorial membuat popia vietnam menerusi aplikasi Youtube.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang tatacara membuat popia vietnam dengan mengakses ke aplikasi Youtube. Kemudian, peserta juga mengakses ke laman web bagi mendapatkan resepi bahan serta membuat rujukan tutorial pembuatan popia vietnam. Selain daripada itu, peserta dapat membuat popia vienam secara amali dengan pantauan petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 04 November 2022

Masa

: 03.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Program ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali peralatan-peralatan asas komputer menerusi aplikasi WordSearch.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi pengenalan kepada peserta dalam tatacara penggunaan aplikasi WordSearch. Kemudian, petugas mengehadkan masa kepada 5 minit bagi para peserta dalam aktiviti tersebut. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk menyambung silang kata itu menjadi satu perkataan berdasarkan perkataan yang telah diberi. Akhir sekali, bagi peserta yang menyelesaikan permainan tersebut lebih pantas dan tepat akan dikira sebagai pemenang.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 06 November 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Program ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta untuk mahir dalam penggunaan papan kekunci dengan pantas.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi pengenalan kepada peserta tentang tatacara penggunaan aplikasi TypingTest.com. Kemudian, petugas mengehadkan masa kepada 5 minit bagi aktiviti dalam permainan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk menaip semula artikel berdasarkan artikel yang telah diberi. Akhir sekali, peserta yang paling pantas menyiapkan artikel tersebut akan dikira sebagai pemenang.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 19 Oktober 2022

Masa

: 03.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah tahap 1. Tujuan bengkel ini adalah memberi pengenalan kepada peserta tentang asas dalam perisian Microsoft Word Office dengan menggunakan tatacara yang betul.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi pengenalan kepada peserta tentang perisian Microsoft Word Office. Kemudian, petugas juga memperkenalkan setiap ikon beserta fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut. Selain itu, peserta diminta untuk mengakses perisian Microsoft Word untuk membuat latihan amali secara menaip artikel. Seterusnya, peserta diberi satu latihan menaip artikel ringkas.mHal ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dari kemahiran dalam penggunaan tetikus dan papan kekunci dengan cara yang betul. Akhir sekali, peserta boleh menaip artikel dengan menggunakan papan kekunci di perisian Microsoft Word Office dengan baik.

Gambar Disini