Tarikh

: 12 Ogos 2022

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahar

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan.

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat pendaftaran akaun perbankan myBSN secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat pendaftaran akaun perbankan myBSN secara atas talian. Pertama sekali, peserta diminta mengakses ke portal perbankan tersebut melalui pautan https://www.mybsn.com.my. Setelah itu, peserta klik pada ikon “Register” untuk pendaftaran ke akaun baharu. Kemudian, peserta mengisi maklumat nombor kad debit dan maklumat peribadi. Setelah peserta membuat ID pengguna serta kata laluan, peserta juga membuat permohonan TAC dan memasukkan nombor TAC yang telah diberi melalui nombor telefon. Setelah peserta selesai berjaya membuat pendaftaran, peserta megelog masuk akaun perbankan semula bagi melakukan transaksi wang secara atas talian.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 05 Ogos 2022

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan.

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta usahawan lelaki. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat kemaskini kata laluan akaun perbankan secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat kemaskini kata laluan akaun perbankan menerusi secara atas talian. Pertama sekali, peserta diminta mengakses laman web melalui pautan https://cimbclicks.my untuk log masuk ke akaun perbankan tersebut. Setelah itu, peserta klik pada ikon “Setting” untuk menukar kata laluan. Kemudian, peserta mengemaskini maklumat pada borang tukar kata laluan dan klik pada butang “Save”. Selain daripada itu, peserta membuat permohonan TAC dan memasukkan nombor TAC yang telah diberi melalui nombor telefon. Setelah peserta selesai membuat pengemaskinian, peserta juga membuat pemindahan wang secara atas talian.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 16 Julai 2022

Masa

: 3.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Latihan ini telah dihadiri oleh seorang peserta, usahawan wanita. Tujuan latihan ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara pendaftaran akaun baru Facebook Fanpage (FB Page) bagi kegunaan sebagai platform perniagaan.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara pendaftaran Facebook Fanpage (FB Page) dengan menggunakan prosedur yang betul. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses halaman daftar ‘Facebook Page’ menerusi akaun peribadi Facebook. Kemudian, peserta klik pada pilihan ‘Create Page’ yang tertera pada bar menu. Setelah itu, peserta membuat pilihan kategori sebagai ‘Business or Brand’ bagi memasarkan produk perniagaan secara atas talian. Seterusnya, peserta turut mengisi maklumat perniagaan seperti yang diminta. Peserta juga memuat naik gambar produk perniagaan pada bahagian ‘Cover Photo’. Akhirnya, peserta berjaya membuat halaman baru Facebook Fanpage bagi tujuan promosi perniagaan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 22 Julai 2022

Masa

: 4.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan.

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta belia lelaki. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara memuat turun video dari aplikasi Youtube menerusi secara atas talian dengan menggunakan cara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara memuat turun video Youtube menerusi secara atas talian. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses aplikasi Youtube dan memilih video yang berkenaan untuk dimuat turun. Sementara itu, peserta juga diminta untuk melayari halaman web Google yang baharu untuk mengakses ke link https://en.savefrom.net. Kemudian, peserta menyalin URL video Youtube yang berkenaan untuk dimasukkan ke dalam ruang kotak yang tersedia pada halaman web https://en.savefrom.net. Setelah itu, peserta klik pada butang “Download” untuk memuat turun video tersebut. Setelah video itu berjaya dimuat turun, video tersebut akan disimpan dalam “Folder Download” pada komputer.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 07 Julai 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan.

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta di kalangan murid sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara penggunaan Microsoft Publisher dan cara-cara memuat turun gambar dari Google Images dengan menggunakan cara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara penggunaan Microsoft Publisher. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang cara-cara memuat turun gambar menerusi Google Images. Kemudian, peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan imej yang telah dimuat turun ke dalam Microsoft Publisher. Seterusnya, peserta turut diberi tunjuk ajar oleh petugas tentang tatacara menyunting imej agar lebih tersusun dan kemas. Setelah itu, peserta juga meminta petugas untuk membuat cetakan bagi gambar yang telah disunting melalui perisian Microsoft Publisher.

Gambar Disini