Tarikh |
: 16 Jun 2022 |
Masa |
: 02.30 Petang – 03.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita yang bergelar usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tutorial mereka cipta kad perniagaan melalui aplikasi Canva dengan menggunakan prosedur yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tutorial mereka cipta kad perniagaan melalui aplikasi Canva menerusi atas talian. Selain itu, peserta melayari laman web https://canva.com/ kemudian memilih rekaan templat kad perniagaan yang bersesuian. Setelah itu, peserta memilih daripada pustaka yang telah tersedia dengan unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan pebagai lagi. Selepas itu, peserta menyunting imej yang menarik dan menambah menyunting teks yang bersesuaian. Justeru setelah selesai, peserta mengklik pada butang “Simpan” untuk dimuat turun bagi membuat cetakan.