'Air Jando Pulang' adalah minuman yang signatur dengan 'Waghih' Negeri Sembilan. Ia merupakan campuran air dan isi kelapa muda halus yang ditambah gula enau. Air jando pulang laris dijual khususnya pada bulan puasa di kebanyakan tempat di negeri Adat Perpatih .
Air jando pulang disediakan dengan bahagian bawah sebiji kelapa muda ditebuk besar dan dikeruk isinya menggunakan sudu dan dipindahkan ke bekas lain. Airnya juga dipindahkan dan dicampur nira enau cair secukup rasa. Air yang sudah dikacau sebati itu dimasukkan semula ke dalam buah kelapa yang asal berserta isinya. Kemudian, buah beluluk dalam bentuk halwa ataupun yang sudah diproses turut dimasukkan.
Setelah dikacau di dalam buah kelapa tadi, barulah ia dinikmati seenaknya. Proses keluar masuk tadi diibaratkan perpisahan suami isteri hingga isteri bergelar janda tetapi rujuk semula. Buah beluluk berperanan sebagai pengimbang rasa bagi mengelakkan air jando pulang terlalu manis atau meloyakan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz4mmmGpfuW
Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
Salai atau menyalai dari erti kata lain dengan cara mengeringkan atau dipanggang diatas api. Di Negeri Sembilan, salai terdapat dalam ayam, itik, ikan atau daging. Dengan dimasak bersama Rendang serta Masak Cili Api menjadikan masakan ini bertambah sedap. Salai ini boleh didapati di tepi-tepi jalan Kuala Pilah-Bahau. Kebiasaannya segala makanan salai tidak boleh terus dimakan tetapi ia harus dimasakterlebih dahulu seperti gulai lemak cili padi, rendang dan sebagainya.
Itik Salai
Sumber : http://www.orangnogori.com/makanan-tradisi-orang-negeri-sembilan.html
https://mforum2.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=24544
LEMANG PERIUK KERA
Lemang Periuk Kera
Lazimnya periuk kera dikenali pokok maging yang memerangkap serangga di dalam periuknya dan hanya ditemui dalam hutan tebal, paya dan batu kapur. Pemprosesan penyediaan lemang periuk kera hanya mengambil masa 20 hingga 30 minit sahaja.Penyediaannya memang lebih mudah iaitu menggunakan teknik mengukus berbanding lemang biasa yang dibakar. Lemang periuk kera ini dijual dengan harga RM1.50 satu dan sesuai dimakan dengan rendang atau serunding.
Sumber : http://fbaans.blogspot.my/2016/07/lemang-periuk-kera-kuala-pilah-dapat.html
RENDANG KAMPUNG TRADISIONAL
Masakan tradisional Negeri Sembilan yang terkenal dengan cita rasa eksotiknya mampu menjadi produk pelancongan jika pengusaha hotel dan resort menyajikannya sebagai menu utama tarikan di restoran mereka.Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negeri ini kaya dengan pelbagai jenis masakan tradisional termasuk buah-buahan tempatan yang sewajarnya diperkenalkan kepada pelancong domestik mahupun asing.
Di antara makanan tradisional Negeri Sembilan yag terkenal ialah rendang. Di dalam penyediaan rendang, terdapat beberapa jenis bahan yang boleh dibuat rendang. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada daging, kerang, burung dan sebagainya. Rendang daging biasanya tidak dicampurkan dengan bahan-bahan sampingan. Namun begitu dalam keadaan tertentu, terdapat juga bahan-bahan seperti nangka, maman dan pucuk ubi.
Rendang dimasak sehingga kering da tidak langsung berkuah (berderai). Jenis daging yang baik untuk membuat rendang ialah daging kerbau, ayam, itik, burung, pelanduk, napuh, kijang dan rusa kecuali daging lembu. Ini adalah kerana akan menjadi kurang cantik kerana sukar untuk kering di mana dagingnya mempunyai banyak air. Rendang yang dimasak dengan cara yang betul boleh disimpan lama seperti rendang kerbau di Rembau.
Rendang Daging Itik
Rendang Daging Kerbau
Sumber : http://masakanns.blogspot.my/
Jika anda bukan asalnya Negeri Sembilan sudah pasti anda tidak akan mengetahui nama timangan bagi orang Negeri Sembilan kepada sejenis makanan yang di panggil Penganan atau nama lainnya dodol. Mempunyai rasa yang manis dan sedap seta cara pembuatannya yang rumit dan mengambil masa yang lama membuatkannya sejenis makanan yang sangat terkenal lebih-lebih lagi di musim perayaan Aidilfitri.
Ia adalah salah satu makanan tradisi yang terkenal di seluruh Malaysia bukan hanya di Negeri Sembilan. Mungkin rasa dodol yang dihasilkan bagi setiap negeri atau tempat adalah berbeza-beza, tetapi anda haruslah mencuba Penganan Negeri Sembilan ini dan pastinya anda akan merindui kelazatannya dan ia amat berbeza dengan dodol di tempat lain.