Pilah Kontenastay adalah satu tempat percutian terbaru yang menapak di Kampung Parit, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Buat mereka yang ingin merasakan suasana kampung dan mahu lari dari hiruk pikuk kota di hujung minggu, Pilah Kontenastay mungkin destinasi yang tepat buat anda bercuti bersama keluarga.

 

  • Berkonsepkan rumah moden dengan sedikit sentuhan english style, Pilah Kontenastay ini sangat sesuai dijadikan tempat untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sewaktu cuti panjang. Ia dipanggil sebagai Pilah Kontenastay kerana homestay ini dibina 80% daripada kontena yang memberi gaya menarik dan lain daripada homestay lain.

  •  

  • A9d0
  • 8af1
  • A945
  • 39a0
  • 26a9
  •  

Sumber : https://www.facebook.com/pilahkontenastay/

               http://says.com/my/seismik/kontenastay-kuala-pilah

 

Tun Tulis atau Tuan Tulis adalah gelaran kepada seorang ulama Negeri Sembilan yang bernama Haji Ismail Bin Hussein. Beliau berasal dari Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 1840an dan meninggal dunia pada tahun 1923. Tun Tulis adalah seorang anak muda yang miskin tetapi penuh semangat untuk menuntut ilmu agama.

 

Kerana kemiskinannya, beliau tidak mampu untuk membeli buku. Oleh itu, beliau meminjam buku dari rakan-rakannya dan menyalin buku itu dengan tulisannya sendiri. Dari situ rakan-rakannya mengelarkannya dengan gelaran Ismail Tulis. Selepas perguruannya, beliau tidak henti-henti menulis kitab sehinggalah orang kampung menggelarkannya Tuan Tulis.

 

Selepas beliau meninggal dunia, Yang Dipertuan besar Negeri Sembilan mentitahkan agar dibina bangunan di makam Tun Tulis dan bangunan tersebut kekal hingga ke hari ini.

 

Alamat : Makam Tuan Tulis,Kampung Kuala Talang, Tanjung Ipoh, 71500 Kuala Pilah,  Malaysia

 

Sumber : http://www.mdkp.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/makam-tuan-tulis

 

      Ladang Alam Warisan merupakan sebuah tempat di mana budaya dan cara hidup melayu sejati dihidupkan semula. Identitinya yang berteraskan budaya dan warisan Melayu sejati merupakan tarikan utama Ladang Alam Warisan sehingga berjaya mendapat tempat pertama di dalam Pertandingan Rural Business Challengeyang dianjurkan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah pada tahun 2015.

     Menjejakkan kaki ke Ladang Alam Warisan seperti seolah-olah di bawa kembali ke zaman kegemilangan Melayu Lama. Menyelusuri pepohon buah-buahan tempatan yang menghijau, rumah tradisional beratus tahun, pelbagai spesis binatang ternakan, keunikan senibina yang menyatu dengan alam menjadikan Ladang Alam Warisan sebagai sebuah destinasi yang menjanjikan kelainan yang sukar di cari pada hari ini.

 

ladang-alam-warisan-23

Keunikan rumah melayu tradisi.

 

Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dijalankan di Ladang Alam Warisan yang boleh menggamit nostalgia kehidupan zaman melayu yang  amat unik. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman tersebut hanya di Ladang Alam Warisan.

 

 

 

 

Laman Gentam ini adalah tarikan terbaru yang terdapat di laluan antara Jemapoh-Pelangai-Beting-Gentam menuju ke Pekan Kuala Pilah. Laman Gentam sebuah tempat anda boleh mengabadikan kenangan dan memori indah bersama tersayang. Dengan berkonsepkan landskap ala-ala 'garden'. Laman dan suasana kampung yang penuh dengan ciri kehijauan dan sejuk mata memandang.

 

Laman Gentam menyediakan perkhidmatan seperti majlis-majlis rasmi perkahwinan, acara-acara khas, majlis keraian, perjumpaan rasmi (meeting) dan sebagainya. 

 

 
 
 
 
 
 

  

Sekiranya anda melalui jalan utama dari pekan Kuala Pilah menghala ke Bahau, anda akan terpandang sebuah gerbang berunsurkan senibina Cina betul-betul bersebelahan dengan jalan utama tersebut. Mungkin ramai yang berpendapat gerbang Cina ini merupakan sebahagian daripada tokong/tempat ibadat bagi penganut Cina. Walaubagaimanapun ia sebenarnya adalah sebuah tugu yang didirikan sempena Residen British pertama di Negeri Sembilan iaitu Martin Lister.

Martin Lister yang merupakan Residen British yang pertama di Negeri Sembilan. Tugu ini adalah sempena memperingati beliau berjalan di situ untuk menamatkan konflik ganas yang terputus antara kongsi gelap Cina kemudian berleluasa di kalangan penduduk Cina asing. Lister telah dibunuh oleh musuh-musuhnya di bukit-bukit yang berhampiran di Ulu Bendul.

 

 Sumber : http://www.mdkp.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/tugu-lister

 

 

Sub-kategori