Tarikh |
: 16 Julai 2022 |
Masa |
: 3.00 Petang – 4.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Latihan ini telah dihadiri oleh seorang peserta, usahawan wanita. Tujuan latihan ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara pendaftaran akaun baru Facebook Fanpage (FB Page) bagi kegunaan sebagai platform perniagaan.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara pendaftaran Facebook Fanpage (FB Page) dengan menggunakan prosedur yang betul. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses halaman daftar ‘Facebook Page’ menerusi akaun peribadi Facebook. Kemudian, peserta klik pada pilihan ‘Create Page’ yang tertera pada bar menu. Setelah itu, peserta membuat pilihan kategori sebagai ‘Business or Brand’ bagi memasarkan produk perniagaan secara atas talian. Seterusnya, peserta turut mengisi maklumat perniagaan seperti yang diminta. Peserta juga memuat naik gambar produk perniagaan pada bahagian ‘Cover Photo’. Akhirnya, peserta berjaya membuat halaman baru Facebook Fanpage bagi tujuan promosi perniagaan.