Tarikh

: 05 Ogos 2022

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan.

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta usahawan lelaki. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat kemaskini kata laluan akaun perbankan secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat kemaskini kata laluan akaun perbankan menerusi secara atas talian. Pertama sekali, peserta diminta mengakses laman web melalui pautan https://cimbclicks.my untuk log masuk ke akaun perbankan tersebut. Setelah itu, peserta klik pada ikon “Setting” untuk menukar kata laluan. Kemudian, peserta mengemaskini maklumat pada borang tukar kata laluan dan klik pada butang “Save”. Selain daripada itu, peserta membuat permohonan TAC dan memasukkan nombor TAC yang telah diberi melalui nombor telefon. Setelah peserta selesai membuat pengemaskinian, peserta juga membuat pemindahan wang secara atas talian.

Gambar Disini