Tarikh |
: 07 Julai 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan.
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta di kalangan murid sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara penggunaan Microsoft Publisher dan cara-cara memuat turun gambar dari Google Images dengan menggunakan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara penggunaan Microsoft Publisher. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang cara-cara memuat turun gambar menerusi Google Images. Kemudian, peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan imej yang telah dimuat turun ke dalam Microsoft Publisher. Seterusnya, peserta turut diberi tunjuk ajar oleh petugas tentang tatacara menyunting imej agar lebih tersusun dan kemas. Setelah itu, peserta juga meminta petugas untuk membuat cetakan bagi gambar yang telah disunting melalui perisian Microsoft Publisher.