Tarikh

: 13 Mac 2023

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendekatan kepada peserta tentang tatacara menjawab kuiz bagi subjek Bahasa Melayu secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Quizizz.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara menjawab kuiz secara atas talian menerusi aplikasi Quizizz. Pertama sekali, peserta melayari laman web www.quizizz.com.my pada laman carian Google. Kemudian, peserta menaip nombor kod yang telah diberi pada bahagian carian Quizizz. Seterusnya, pelajar memulakan menjawab kuiz tersebut secara atas talian. Perbincangan jawapan bersama peserta juga diadakan setelah peserta selesai menjawab kuiz.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 01 Mac 2023

Masa

: 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan wanita. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat menghantar email (Compose) dengan menggunakan Yahoo Mail dengan tatacara yang betul.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menghantar email dengan menggunakan Yahoo Mail. Selain itu, peserta mengakses ke laman Yahoo Mail untuk mengelog masuk akaun dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, peserta pilih butang “Compose” kemudian mengisi akaun email penerima, subjek email, dan menaip butiran maklumat pada ruangan itu. Peserta juga melampirkan dokumen seterusnya pilih butang “Send”. Pada akhir sekali, peserta berjaya membuat penghantaran email kepada akaun penerima dengan menggunakan Yahoo Mail.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 17 Februari 2023

Masa

: 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh di kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat mempertingkatkan tahap pemahaman bagi subjek Bahasa Melayu dengan menggunakan aplikasi e-Pembelajaran iaitu Kahoot.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara menjawab soalan kuiz di aplikasi Kahoot. Setelah itu, peserta diminta oleh untuk mengakses ke aplikasi https://kahoot.com. Seterusnya, peserta dikhendaki untuk menjawab soalan kuiz yang diberi dengan pemantauan petugas. Selain daripada itu, peserta juga dapat menguasai pemahaman dalam subjek Bahasa Melayu melalui aplikasi tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 20 Februari 2023

Masa

: 4.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan wanita. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat menyediakan sebut harga dengan menggunakan Microsoft Word dengan teknik yang betul.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat sebut harga dengan menggunakan Microsoft Word. Setelah itu, peserta diminta oleh petugas untuk mengakses ke perisian Microsoft Word. Seterusnya, peserta mengambil ikon yang berkenaan untuk membuat kotak rajah bagi sebut harga. Selain itu, peserta mengisi ruang rajah itu dengan maklumat barangan beserta harga. Setelah selesai membuat sebut harga tersebut, peserta meminta petugas untuk membuat cetakan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 11 Februari 2023

Masa

: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang kanak-kanak tadika. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat menguasai pemahaman dalam mempelajari abjad dengan

menggunakan aplikasi permainan teka-teki abjad secara atas talian.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memperkenalkan kepada peserta tentang tatacara menggunakan peralatan komputer dengan betul. Setelah itu, peserta diminta untuk mengakses ke aplikasi https://wordpuzzleonline.com untuk mempelajari dan mengenali huruf perkataan. Selain daripada itu, peserta juga diajar oleh peserta tentang cara-cara untuk menjawab permainan teka-teki abjad tersebut secara atas talian. Justeru itu, peserta dapat menguasai pemahaman dalam mengenali abjad menerusi aplikasi permainan tersebut.

Gambar Disini