Tarikh

: 05 April 2022

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah membantu peserta tentang cara-cara membuat pembayaran zakat fitrah melalui atas talian di portal MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) dengan menggunakan prosedur yang tepat.

 

Aktiviti

Petugas menyampaikan sedikit penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pembayaran zakat fitrah melalui atas talian di portal MAINS. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://www.zakatns2u.biz/fitrah/. Seterusnya, petugas meminta peserta membaca dan memahami manual pembayaran zakat fitrah dahulu bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Kemudian, peserta mengisi maklumat diri dalam borang dengan membaca niat membayar zakat. Setelah itu, peserta membuat pembayaran melalui perbankan internet menerusi platform FPX. Akhirnya, peserta berjaya membuat pembayaran zakat fitrah dengan perbankan internet dan memuat turun resit fitrah yang telah dibayar.

Gambar Disini