Tarikh

: 14 Disember 2021

Masa

: 4.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar dari sekolah menengah. Tujuan kelas ini adalah petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara memuat turun gambar dari laman web Google dan tatacara penggunaan Microsoft Word.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara memuat turun gambar dari laman web Google. Peserta diminta untuk melayari laman carian Google kemudian memuat turun gambar yang berkenaan. Setelah itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara penggunaan Microsoft Word bagi menghasilkan muka hadapan folio bersubjek Sejarah. Justeru itu, peserta mengklik pada bahagian Insert kemudian klik pada ikon Picture bagi menambah gambar yang telah dimuat turun pada ruangan Microsoft Word. Selain itu, peserta juga menambah maklumat-maklumat yang berkaitan pada ruangan bawah gambar tersebut. Akhirnya, peserta telah berjaya menyiapkan muka hadapan folio serta meminta petugas untuk membuat cetakan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 05 Disember 2021

Masa

: 4.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar dari sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara menyertai kelas secara atas talian yang telah ditetapkan menerusi aplikasi video Zoom Meeting.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara penggunaan aplikasi video tersebut. Seterusnya, peserta juga diminta untuk melayari laman web Google terlebih dahulu untuk mendaftar akaun di aplikasi Zoom Meeting. Selepas itu, peserta mengisi maklumat diri pada akaun tersebut. Setelah itu, peserta mengelog masuk akaun bagi aplikasi video tersebut sebelum menyertai kelas secara atas talian. Akhirnya, peserta telah berjaya memasuki kelas secara atas talian yang disertai oleh pelajar dan tenaga pengajar mereka.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 20 November 2021

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah menegah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendekatan kepada peserta untuk menguasai penggunaan Microsoft Word dan Google Images dengan cara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang fungsi Microsoft Word. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang cara-cara memuat turun gambar menerusi Google Images. Kemudian, peserta juga diajar cara-cara untuk memasukkan imej yang telah dimuat turun ke dalam Microsoft Word. Seterusnya, peserta turut diberi tunjuk ajar oleh petugas tentang tatacara penggunaan ikon seperti ClipArt dan Shapes . Selain daripada itu, peserta juga dapat membuat kerja kursus sekolah dengan menggunakan Microsoft Word.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 02 Disember 2021

Masa

: 4.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah menegah. Tujuan kelas ini adalah memberi penerangan kepada peserta mengenai tutorial kerja kursus Seni Visual dengan menggunakan aplikasi Youtube secara atas talian.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tutorial kerja kursus Seni Visual dengan menggunakan aplikasi Youtube. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar oleh petugas bagi mengambil maklumat tutorial kerja kursus tersebut dengan melayari laman Youtube. Selain itu, peserta mengumpul maklumat-maklumat yang telah diperolehi menerusi tutorial tersebut. Setelah itu, peserta juga dapat membuat kerja kursus Seni Visual dengan cara yang betul berpandukan tutorial tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 14 November 2021

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendekatan kepada peserta tentang tatacara menjawab kuiz Matematik secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Quizizz.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara menjawab kuiz secara atas talian menerusi aplikasi Quizizz. Pertama sekali, peserta melayari laman web www.quizizz.com.my pada laman carian Google. Kemudian, peserta menaip nombor kod yang telah diberi pada bahagian carian Quizizz. Seterusnya, pelajar memulakan menjawab kuiz tersebut secara atas talian. Perbincangan jawapan bersama guru peserta menerusi aplikasi Zoom juga diadakan setelah peserta selesai menjawab kuiz.

Gambar Disini