Tarikh |
: 17 September 2022 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari golongan wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara menghasilkan resume dengan menggunakan aplikasi Canva secara atas talian dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat resume menerusi aplikasi Canva. Pertama sekali, peserta megakses ke laman web https://www.canva.comuntuk log masuk ke daam akaun Canva. Seterusnya, peserta memilih templat resume yang bersesuaian untuk menghasilkan resume yang menarik. Setelah itu, peserta melengkapkan pada bahagian maklumat diri, akademik dan pengalaman kerjaya pada templat resume tersebut. Sejurus itu, peserta memuat turun resume yang telah selesai dibuat itu untuk dicetak.