Tarikh |
: 04 November 2022 |
Masa |
: 03.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Program ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali peralatan-peralatan asas komputer menerusi aplikasi WordSearch.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi pengenalan kepada peserta dalam tatacara penggunaan aplikasi WordSearch. Kemudian, petugas mengehadkan masa kepada 5 minit bagi para peserta dalam aktiviti tersebut. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk menyambung silang kata itu menjadi satu perkataan berdasarkan perkataan yang telah diberi. Akhir sekali, bagi peserta yang menyelesaikan permainan tersebut lebih pantas dan tepat akan dikira sebagai pemenang.