Tarikh |
: 22 Mei 2023 |
Masa |
: 3.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara menyertai perjumpaan PIBG sekolah menerusi atas talian denga menggunakan aplikasi Google Meet dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara penggunaan aplikasi Google Meet tersebut. Seterusnya, peserta juga diminta untuk melayari laman web Google terlebih dahulu untuk mengelog masuk ke platform Google Meet menerusi akaun emel Gmail. Selepas itu, peserta mengemaskini nama pada akaun bagi aplikasi video tersebut sebelum memasuki perjumpaan secara atas talian.
Tarikh |
: 15 Mei 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan bagi pembaharuan visa secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat permohonan bagi pembaharuan visa melalui atas talian. Pertama sekali, peserta mengakses ke portal rasmi Imigresen melalui pautan https://www.imi.gov.my/. Selain daripada itu, peserta membuat pendaftaran akaun pengguna yang baharu dengan membuat pengesahan melalui emel. Setelah itu, peserta mengelog masuk akaun pengguna yang telah didaftarkan untuk membuat pembaharuan visa. Kemudian, peserta melengkapkan borang yang diberi dan memuat naik dokumen ke dalam sistem tersebut. Selepas peserta menghantar borang secara atas talian, peserta juga memuat turun borang tersebut untuk membuat cetakan
Tarikh |
: 06 Mei 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat mempelajari dalam reka cipta poster ucapan bersempena Hari Raya Aidilfitri yang menarik dan kreatif dengan menggunakan Microsoft PowerPoint.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara menghasilkan poster ucapan di Microsoft PowerPoint.Setelah itu, peserta memilih templat poster yang ingin digunakan. Selain daripada itu, peserta diajar oleh petugas cara-cara untuk menggunakan ikon-ikon yang telah disediakan pada perisian tersebut. Selain itu, peserta memilih gambar, elemen animasi teks tulisan yang menarik serta reka bentuk yang bersesuaian untuk digunakan dalam poster berkenaan. Justeru setelah peserta selesai menghasilkan rekacipta poster tersebut, peserta menyimpan poster ucapan itu sebagai dokumen untuk dibuat cetakan dan simpanan sendiri.
Tarikh |
: 10 Mei 2023 |
Masa |
: 04.00 Petang – 06.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan pendaftaran murid tahun satu secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat permohonan pendaftaran tahun satu melalui atas talian. Pertama sekali, peserta melayari laman web https://idme.moe.gov.my/bagi membuat pendaftaran akaun pengguna yang baharu. Selain itu, peserta membuat pengesahan akaun pengguna menerusi email. Setelah itu, peserta mengelog masuk akaun dan klik pada modul pengurusan awam. Kemudian, peserta mengisi dan membuat kemaskini pada pengurusan profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan. Peserta klik pada ikon “Hantar” setelah membuat pengesahan perakuan. Peserta juga memuat turun borang yang telah lengkap itu untuk membuat cetakkan.
Tarikh |
: 15 April 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendekatan kepada peserta tentang tatacara menjawab kuiz Bahasa Inggeris secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Quizizz.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara menjawab kuiz secara atas talian menerusi aplikasi Quizizz. Pertama sekali, peserta melayari laman webwww.quizizz.com.mypada laman carian Google. Kemudian, peserta menaip nombor kod yang telah diberi pada bahagian carian Quizizz. Seterusnya, pelajar memulakan menjawab kuiz tersebut secara atas talian. Perbincangan jawapan bersama guru peserta menerusi aplikasi Zoom juga diadakan setelah peserta selesai menjawab kuiz.