Tarikh |
: 06 November 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Program ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta untuk mahir dalam penggunaan papan kekunci dengan pantas.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi pengenalan kepada peserta tentang tatacara penggunaan aplikasi TypingTest.com. Kemudian, petugas mengehadkan masa kepada 5 minit bagi aktiviti dalam permainan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk menaip semula artikel berdasarkan artikel yang telah diberi. Akhir sekali, peserta yang paling pantas menyiapkan artikel tersebut akan dikira sebagai pemenang.