Tarikh

: 07 Oktober 2022

Masa

: 03.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah tahap 1. Tujuan bengkel ini adalah memberi pengenalan kepada peserta tentang asas dalam perisian Microsoft Word Office dengan menggunakan tatacara yang betul.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi pengenalan kepada peserta tentang perisian Microsoft Word Office. Kemudian, petugas juga memperkenalkan setiap ikon beserta fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut. Selain itu, peserta diminta untuk mengakses perisian Microsoft Word untuk membuat latihan amali secara menaip artikel. Seterusnya, peserta diberi satu latihan menaip artikel ringkas.mHal ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dari kemahiran dalam penggunaan tetikus dan papan kekunci dengan cara yang betul. Akhir sekali, peserta boleh menaip artikel dengan menggunakan papan kekunci di perisian Microsoft Word Office dengan baik.

Gambar Disini