Tarikh

: 12 April 2023

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menduduki peperiksaan SPA9i secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara menduduki peperiksaan SPA9i melalui atas talian. Pertama sekali, peserta mengelog masuk akaun Gmail terlebih dahulu untuk memasuki pautan yang diberi melalui emel. Setelah itu, peserta memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah diberi sebelum sesi peperiksaan bermula. Peserta juga menjawab soalan-soalan peperiksaan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Setelah selesai sesi menjawab tamat, peserta klik pada butang “Hantar”.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 08 April 2023

Masa

: 10.00 Petang – 01.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat menghasilkan poster ucapan tahun baru cina yang menarik dan kreatif secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Canva.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara mengakses ke laman webhttps://www.canva.com. Setelah itu, peserta memilih templat poster yang ingin digunakan. Selain daripada itu, peserta diajar oleh petugas cara-cara untuk menggunakan ikon-ikon yang telah disediakan pada aplikasi tersebut. Selain itu, peserta memilih gambar, elemen animasi teks tulisan yang menarik serta reka bentuk yang bersesuaian untuk digunakan dalam poster berkenaan. Justeru setelah peserta selesai merekacipta poster tersebut, peserta memuat turun poster ucapan itu untuk cetakan dan simpan sendiri.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 17 Mac 2023

Masa

: 10.00 Pagi – 1.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh para peserta yang dikategorikan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang mempelajari bahasa asas coding (kod) program komputer iaitu bahasa komunikasi kepada komputer.

 

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan dan tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat bahasa coding menerusi computer dengan menggunakan prosedur yang betul. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses ke laman web latihan coding menerusi pautan https://code.org/. Seterusnya, peserta diperkenalkan elemen-elemen yang terdapat pada laman coding tersebut. Ianya terdapat tiga elemen antaranya ialah “Play Space, Tool Box dan Workspace”. Kemudian, peserta diajar untuk menyusun kod-kod yang telah disediakan. Pelajar juga mendapat penguasaan dari segi pemahaman dalam mencipta dan menyusun bahasa coding.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 01 April 2023

Masa

: 10.00 Petang – 01.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang petugas dari pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta untuk menghasilkan persembahan video animasi secara atas talian menerusi aplikasi Powtoon.

 

Aktiviti

Petugas memberi taklimat dan pengenalan kepada peserta tentang tutorial dalam menghasilkan persembahan video animasi menerusi aplikasi Powtoon. Selain itu, peserta diminta untuk mengakses ke aplikasi Powtoon menerusi pautan https://www.powtoon.com/. Seterusnya petugas juga memberi demonstrasi mengenai tatacara menyunting video animasi yang bertajuk “Buli Siber” itu dengan menggunakan cara-cara yang tepat. Akhir sekali, peserta berjaya menghasilkan persembahan video animasi yang menyeronokan dengan kreativiti masing-masing.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 16 Mac 2023

Masa

: 04.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara atas talian.

 

Aktiviti

Petugas memberi keterangan kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di portal rasmi. Pertama sekali, peserta diminta untuk melayari pautan portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ di carian Google. Setelah itu, peserta mengelog masuk pada akaun STR dan melengkapkan maklumat yang diperlukan. Peserta juga membuat pengesahan kod captcha dan pengakuan pemohonan. Seterusnya, peserta klik pada butang “Hantar” setelah selesai membuat kemaskini. Selain daripada itu, peserta turut meminta petugas untuk mencetak borang permohonan STR tersebut sebagai simpanan peserta untuk masa akan datang.

Gambar Disini