Tarikh

: 18 November 2022

Masa

: 04.00 Petang – 06.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Program ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini adalah memberi pengetahuan dan tunjuk ajar kepada para peserta tentang tatacara mencipta reka infografik ringkas dengan menggunakan aplikasi Canva dengan cara-cara yang betul.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara mengakses dan menggunakan platform aplikasi Canva. Setelah itu, peserta diberi tunjuk ajar cara-cara untuk menggunakan ikon beserta fungsinya menerusi platform tersebut. Selain itu, peserta diminta untuk membuat infografik secara ringkas yang berkenaan dengan kempen Klik Dengan Bijak. Peserta juga memilih templat yang bersesuaian dan memenuhi ruang templat tersebut dengan pengisian maklumat serta elemen-elemen yang menarik. Akhir sekali, para peserta berjaya menghasilkan infografik yang kemas dan kreatif menerusi aplikasi Canva.

Gambar Disini