Tarikh

: 04 Oktober 2022

Masa

: 10.00 Pagi – 2.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: Komuniti setempat

 

Tujuan

Program Kaunter Bergerak Tabung Haji Komuniti adalah program kolaborasi pihak Tabung Haji bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh yang diadakan di sekitar perkarangan PEDi Kampung Jemapoh. Tujuan program ini adalah mempromosikan perkhidmatan tabung haji kepada komuniti setempat untuk berurusan dengan pihak tabung haji dengan mudah.

 

Aktiviti

Pertama sekali, program kaunter bergerak tabung haji ini telah dihadiri dengan beberapa orang petugas dari pihak tabung haji untuk membantu penduduk setempat untuk melakukan transaksi dengan mudah. Selain itu, kaunter bergerak tabung haji menawarkan beberapa transaksi yang boleh dilakukan kepada penduduk sekitar antaranya pembukaan akaun baharu, pendaftaran haji, pengemaskinian maklumat, penyimpanan dan pengeluaran wang serta pelbagai lagi urusan transaksi yang boleh dilakukan. Selain daripada itu, program ini turut mendapat sambutan dan sokongan yang baik dari komuniti setempat untuk membuat urusan serta mendapat kerjasama dari pihak pengerusi bersama ahli jawatan kuasa kampung.

Gambar Disini