Tarikh |
: 21 Januari 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita berstatus OKU (Orang Kurang Upaya). Tujuan kelas ini adalah memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini akaun Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini akaun bagi di portal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Pertama sekali, peserta diminta untuk melayari laman web www.bkm.hasil.gov.my di carian Google. Setelah itu, peserta mengelog masuk pada akaun BKM dan membuat kemaskini maklumat yang baharu. Peserta juga menukar status bujang kepada berkahwin pada profil peribadi. Seterusnya, peserta klik pada butang “Hantar” setelah selesai membuat kemaskini. Selain daripada itu, peserta turut meminta petugas untuk mencetak borang BKM tersebut sebagai simpanan peserta untuk masa akan datang.