Tarikh

: 18 Februari 2022

Masa

: 3.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta lelaki. Tujuan kelas ini adalah memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan TUNS 2022 (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan) secara atas talian dengan prosedur yang tepat.

 

Aktiviti

Petugas menyampaikan penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan TUNS 2022 secara atas talian. Petugas menyarankan peserta menggunakan enjin carian Google untuk akses ke laman web https://tuns.com.my. Seterusnya, petugas meminta peserta membaca dan memahami manual pengisian borang terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Kemudian, peserta mengemaskini maklumat dalam borang pendaftaran baru dengan mengikuti tatacara yang betul. Selain itu, peserta juga memuat naik dokumen sokongan seperti yang diminta ke dalam permohonan tersebut. Akhirnya, peserta berjaya menghantar borang yang telah lengkap dikemaskini secara atas talian.

Gambar Disini