Tarikh |
: 12 Februari 2022 |
Masa |
: 2.00 Petang – 4.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Bengkel ini telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa JPKKP Kampung Terusan Ulu. Tujuan bengkel ini adalah memberi pendekatan kepada para peserta tentang cara-cara penggunaan perisian Microsoft Word dan tatacara memuat turun gambar dari Google Images. Bengkel ini juga turut membantu meningkatkan kemahiran penggunaan komputer bagi golongan warga emas dalam mengikuti arus teknologi maklumat pada masa kini.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta tentang cara-cara menaip artikel yang ringkas dan tatacara membuat jadual dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses Microsoft Word di komputer masing-masing. Seterusnya, peserta diminta oleh petugas untuk menaip artikel yang ringkas dengan merujuk kepada petikan yang telah dipaparkan. Selain itu, peserta juga diajar untuk memuat turun gambar dari Google Images ke dalam komputer. Selain daripada itu, peserta juga mempelajari tatacara untuk membuat jadual dalam Microsoft Word. Sebelum sesi kelas berakhir, peserta diminta untuk membuat latihan yang telah disediakan agar peserta dapat menggunakan komputer dengan lebih mahir.