Tarikh |
: 04 Februari 2022 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita yang bergelar usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat pembaharuan lesen perniagaan (SSM) secara atas talian. Kelas ini juga turut membantu usahawan untuk membuat pendaftaran dengan bila-bila masa sebelum tamat tarikh pendaftaran tamat.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara pembaharuan lesen perniagaan (SSM) di atas talian. Pertama, peserta diminta untuk mendaftar akaun sebagai pengguna dengan melayari portal https://ezbiz.ssm.com.my/. Seterusnya, peserta mengelog masuk akaun tersebut serta membuat permohonan pendaftaran perniagaan yang baharu. Selain itu, peserta juga membuat perbankan secara atas talian setelah mengisi maklumat perniagaan. Akhirnya, pendaftaran lesen perniagaan yang baharu telah berjaya dibuat oleh peserta tersebut.