Tarikh |
: 10 November 2021 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan lelaki. Tujuan kelas adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat kemaskini akaun di platfom Shopee.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai cara-cara membuat kemaskini akaun di platfom Shopee secara di atas talian. Selain itu, peserta melayari laman web Shopee dan mengelog masuk ke dalam akaun peribadi. Kemudian, peserta membuka pada bahagian profil untuk membuat kemaskini maklumat peribadi. Akhirnya, peserta berjaya membuat kemaskini maklumat pada akaun Shopee dengan bantuan oleh petugas.
Tarikh |
: 02 November 2021 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 10.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat semakan kemasukan universiti melalui laman web rasmi.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat semakan kemasukan universiti menerusi portal rasmi institut tersebut. Setelah itu, peserta melayari portal rasmi institut dengan menggunakan ejen carian Google. Kemudian, peserta menambah nombor kad pengenalan peribadi pada ruang semakan. Selain itu, peserta juga diajar oleh petugas tentang tatacara memuat turun dokumen dari portal tersebut untuk membuat cetakan.
Tarikh |
: 10 Oktober 2021 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta sekolah rendah. Tujuan kelas adalah memberi kemudahan kepada peserta yang menyertai kelas Matematik Tahun 5 bagi sesi Oktober 2021 menerusi aplikasi “Zoom” secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara menyertai kelas E-Tuisyen PIK menerusi aplikasi “Zoom” secara atas talian. Setelah itu, peserta mengklik link kelas yang diberi oleh petugas dan mengelog masuk akaun “Zoom” masing-masing. Peserta mengikuti kelas tersebut dan membuat latihan seperti yang diarah oleh tenaga pengajar tersebut. Selain itu, peserta juga menjawab kuiz secara atas talian menggunakan aplikasi Quizizz sebelum sesi kelas tersebut tamat.
Tarikh |
: 18 Oktober 2021 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat resume yang lengkap dengan menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat resume yang lengkap dengan menggunakan Microsoft Word. Setelah itu, peserta membuat template resume terlebih dahulu. Kemudian, peserta menambah maklumat diri ke dalam template tersebut. Selain itu, peserta juga diajar oleh petugas cara-cara untuk menyunting kedudukan maklumat-maklumat di ruang template agar resume tersebut terlihat kemas. Akhir sekali, peserta berjaya menghasilkan resume yang lengkap dan kemas.
Tarikh |
: 02 Oktober 2021 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta sekolah rendah. Tujuan kelas adalah memberi kemudahan kepada peserta yang menyertai Kelas Asas Kiub Rubik 3X3 dalam E-Tuisyen PIK bagi sesi Oktober menerusi aplikasi “Zoom” secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara menyertai kelas E-Tuisyen PIK menerusi aplikasi “Zoom” secara atas talian. Setelah itu, peserta mengklik link kelas yang diberi oleh petugas dan mengelog masuk akaun “Zoom” masing-masing. Peserta mengikuti kelas tersebut dan bermain kiub rubik seperti yang diarah oleh tenaga pengajar tersebut. Selain itu, pengajar juga membuat sesi soal jawab bersama peserta sebelum sesi kelas tersebut tamat.