Tarikh |
: 07 Januari 2022 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang warga emas lelaki. Tujuan kelas ini adalah petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara menyertai kursus secara atas talian yang telah ditetapkan menerusi aplikasi video Zoom Meeting dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara penggunaan aplikasi video tersebut. Seterusnya, peserta juga diminta untuk melayari laman web Google terlebih dahulu untuk mengelog masuk ke platform Zoom Meeting menerusi akaun emel Gmail. Selepas itu, peserta mengemaskini nama pada akaun bagi aplikasi video tersebut sebelum memasuki kursus secara atas talian. Akhirnya, peserta telah berjaya memasuki kelas secara atas talian yang disertai oleh beberapa peserta yang lain bersama tenaga pengajar mereka.