Tarikh |
: 12 Mac 2022 |
Masa |
: 2.30 Petang – 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Bengkel ini telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa JPKKP Kampung Terusan Ulu. Tujuan bengkel ini adalah memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang cara-cara membuat surat kiriman rasmi dan tatacara membuat kotak jadual dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Bengkel ini juga turut membantu meningkatkan kemahiran menaip bagi golongan warga emas dalam mengikuti arus teknologi maklumat pada masa kini.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat surat rasmi dan tatacara membuat kotak jadual yang ringkas di Microsoft Word. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses Microsoft Word di komputer masing-masing. Seterusnya, peserta diminta untuk memuat turun gambar dari Google Images ke dalam komputer. Setelah itu, peserta diajar oleh petugas untuk memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam Microsoft Word. Selain daripada itu, peserta juga mempelajari cara untuk membuat kotak jadual yang ringkas dalam Microsoft Word. Sebelum sesi kelas berakhir, peserta diminta untuk membuat latihan yang telah disediakan agar peserta dapat menaip dengan baik dan pantas serta dapat menggunakan papan kekunci dengan lebih mahir.