Tarikh |
: 16 Ogos 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh 10 orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Tujuan bengkel ini adalah memberi tunjuk ajar kepada para peserta untuk membina poster secara atas talian di aplikasi www.canva.com bersempena dengan Pertandingan Poster Pusat Internet 2020.
Aktiviti
Petugas memberi taklimat kepada para peserta mengenai Pertandingan Poster Pusat Internet 2020 yang akan diadakan. Selain itu, petugas juga memberi demonstrasi kepada peserta tentang tatacara penggunaan laman web www.canva.com bagi menghasilkan sebuah poster yang menarik. Seterusnya, peserta mencipta poster yang bertemakan "Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital" iaitu perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Akhir sekali, peserta telah berjaya menghasilkan poster yang menarik dan kreatif.
Tarikh |
: 15 Ogos 2020 |
Masa |
: 02.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh empat orang usahawan wanita. Bengkel ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara memasarkan produk di platform www.shopee.com.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan dan demonstrasi terhadap peserta cara-cara memasarkan produk di laman e-dagang Shopee secara atas talian. Selain itu, petugas juga memberi tayangan video melalui platform www.youtube.com tentang tatacara memulakan perniagaan di laman Shopee. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta langkah-langkah bagi membuka akaun e-dagang Shopee sebagai penjual di laman tersebut. Akhirnya, peserta berjaya membuat akaun sebagai penjual di laman Shopee dengan memuatnaik maklumat dan gambar produk tersebut ke dalam platform Shopee.
Tarikh |
: 03 Ogos 2020 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah. Kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai tatacara memuatnaik gambar dari laman web www.google.com ke dalam perisian Microsoft Publisher.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan dan memberi demonstrasi terhadap peserta cara-cara memuatnaik gambar dari platform Google kepada perisian komputer. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar tatacara memuatnaik gambar di perisian Microsoft Publisher daripada laman web Google. Akhirnya, peserta menyunting gambar-gambar mengenai alat komunikasi menerusi perisian Microsoft Publisher setelah memuatnaik gambar tersebut dari platform Google.
Tarikh |
: 04 Ogos 2020 |
Masa |
: 02.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang usahawan lelaki. Bengkel ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara memasarkan produk di platform www.shopee.com.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan dan demonstrasi terhadap peserta cara-cara memasarkan produk di laman e-dagang Shopee secara atas talian. Selain itu, petugas juga memberi tayangan video melalui platform www.youtube.com tentang tatacara memulakan perniagaan di laman Shopee. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta mengenai langkah-langkah bagi membuka akaun e-dagang Shopee sebagai penjual di laman tersebut. Akhirnya, peserta berjaya membuat akaun sebagai penjual di laman Shopee dengan memuatnaik maklumat dan gambar produk tersebut ke dalam platform Shopee.
Tarikh |
: 19 Julai 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah meningkatkan penguasaan tatabahasa peserta dalam subjek Bahasa Inggeris dengan membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian di laman web www.grammarbank.com.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai aplikasi tersebut kepada para peserta. Selain itu, petugas juga memberi demonstrasi mengenai tatacara membuat latihan di dalam aplikasi tersebut. Seterusnya, peserta menjawab soalan-soalan latihtubi tatabahasa dalam Bahasa Inggeris menerusi aplikasi tersebut. Akhir sekali, peserta juga telah membuat semua latihan tatabahasa tersebut dengan baik secara atas talian.