Tarikh

: 11 Julai 2020

Masa

: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 7 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi galakan kepada para peserta untuk membuat latihtubi bagi subjek Matematik secara atas talian di laman web www.upsronline.com.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai latihan subjek Matematik secara atas talian. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar berkenaan subjek tersebut kepada para peserta. Seterusnya, peserta membuat latihan tersebut seperti yang diarah oleh petugas. Akhir sekali, peserta berjaya menjawab kesemua latihan tersebut secara atas talian dan membuat perbincangan jawapan bersama petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 04 Julai 2020

Masa

: 11.00 Pagi – 1.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh 5 orang pelajar dari sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta untuk membina poster secara atas talian yang bertajuk "Langkah Pencegahan Covid-19 Di Sekolah" melalui laman web www.postermywall.com.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan mengenai laman web www.postermywall.com kepada para peserta. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar bagaimana membina poster yang ringkas secara atas talian menerusi laman web tersebut. Seterusnya, peserta mencipta poster yang bertemakan "Langkah Pencegahan Covid-19 Di Sekolah" seperti yang diarahkan petugas. Akhir sekali, peserta telah berjaya menghasilkan poster mereka tersendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar Disini


 

Semakan dan permohonan boleh dibuat bemula 1 April 2020 hingga 30 April 2020. Semakan dan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh dibuat secara atas talian melalui laman portal http://www.bsh.hasil.gov.my/. Untuk makluman, tiada sebarang urusan akan dibuat di kaunter sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

#STAYATHOME

Gambar Disini

Tarikh

: 03 Julai 2020

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta membuat latihtubi secara atas talian di laman web www.wordwall.com.

 

Aktiviti

Petugas memperkenalkan kepada peserta tentang laman web tersebut. Selain itu, petugas juga memberi tatacara menjawab soalan latihan secara atas talian dalam laman web tersebut. Seterusnya, peserta membuat latihan yang diberi oleh guru masing-masing menggunakan laman web tersebut. Akhir sekali, peserta berjaya menjawab kesemua latihan yang diberi dengan baik.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 12 Mac 2020

Masa

: 10.00 Pagi – 01.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh 10 orang petugas dari Perpustakaan Desa Negeri Sembilan bagi daerah Zon 2. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta untuk membina video asas dan grafik secara atas talian di laman web www.powtoon.com.

 

Aktiviti

Petugas memberi taklimat dan memperkenalkan kepada peserta tentang laman web tersebut. Selain itu, petugas juga memberi demonstrasi mengenai tatacara mencipta video asas secara atas talian dalam laman web tersebut. Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar langkah-langkah yang tepat membina video tersebut yang membawa tajuk “Kepentingan Perpustakaan Desa”. Akhir sekali, peserta berjaya menghasilkan video mereka sendiri mengikut idea dan kreaiviti masing-masing.

Gambar Disini