Tarikh |
: 01 Februari 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi penguasaan dan pemahaman kepada para peserta dalam subjek Bahasa Melayu.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai subjek Bahasa Melayu kepada para peserta. Peserta menjawab soalan latihan tersebut secara atas talian menggunakan laman web upsronline.com. Selain itu, sesi perbincangan dan penerangan jawapan turut diadakan. Seterusnya, petugas juga memperkenalkan kepada para peserta tentang laman web yang sesuai digunakan untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian.
Tarikh |
: 19 Januari 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kemahiran di kalangan peserta agar menjadi pelajar yang berseni kreatif.
Aktiviti
Petugas memberi taklimat mengenai tatacara pembuatan tanglung kepada para peserta. Selain itu, petugas juga menayangkan video berkaitan panduan untuk menghasilkan tanglung menggunakan bahan kertas. Petugas memberi demonstrasi dalam pembuatan tanglung kepada para peserta. Seterusnya, peserta berpeluang menghasilkan tanglung kepunyaan masing-masing dengan menggunakan bahan yang telah disediakan oleh petugas. Akhir sekali, para peserta telah berjaya menghasilkan tanglung kepunyaan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh |
: 04 Januari 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri seorang pelajar sekolah rendah. Kelas ini adalah bertujuan memupuk peserta untuk mencipta jadual sekolah harian yang lebih menarik dan kreatif. Peserta juga diberi pendedahan untuk menghasilkan jadual sekolah dengan menggunakan laman web secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai tatacara menghasilkan jadual sekolah yang lebih kreatif. Selain itu, petugas menyarankan kepada para peserta mencipta jadual sekolah harian secara atas talian dengan menggunakan laman web https://www.canva.com berpandukan jadual kelas masing-masing. Akhirnya, para peserta berjaya menghasilkan pelbagai bentuk jadual sekolah mengikuti kreativti masing-masing.
Tarikh |
: 11 Januari 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan peserta dalam subjek Matematik.
Aktiviti
Petugas mengajar peserta mengulangkaji pelajaran mengenai subjek Matematik menggunakan latihan di laman web latihtubmatematik.com. Peserta membuat latihtubi matematik yang diberi oleh petugas. Antara latihan soalan yang dibuat adalah seperti nombor dan operasi, sukatan dan geometri serta perkaitan dan algebra. Selain itu, sesi perbincangan dan penerangan jawapan turut diadakan.
Tarikh |
: 02 Januari 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: Warga Emas |
Tujuan
Kelas ini dihadiri seorang warga emas. Kelas ini adalah bertujuan melatih peserta menaip menggunakan papan kekunci dengan tepat.Peserta juga dapat meningkatkan kemahiran menaip.
Aktiviti
Kelas ini dipimpin oleh petugas Pusat Internet Kampung Jemapoh. Petugas memberi penerangan mengenai kegunaan papan kekunci kepada peserta. Selain itu, peserta membuat tutorial menaip secara atas talian di laman web iaitu https://10fingers.com/typingtest. Oleh itu, peserta dapat meningkatkan kemahiran menaip serta menggunakan papan kekunci dengan tepat.