Tarikh |
: 20 Disember 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 20 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri seramai 20 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada peserta dalam bidang keusahawanan bagi cara-cara membuat choco jar.
Aktiviti
Kelas ini dipimpin oleh petugas Pusat Internet Kampung Jemapoh. Petugas memberi penerangan mengenai choco jar melalui paparan yang disediakan. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar cara- cara untuk menghasilkan choco jar dengan bahan-bahan yang diperlukan. Selain daripada itu, para peserta diberi peluang untuk mencuba menghasilkan choco jar kepunyaan masing-masing. Akhir sekali, para peserta dapat menghasilkan choco jar dengan jayanya hasil tunjuk ajar dari petugas.
Tarikh |
: 13 Disember 2019 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 15 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 15 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada peserta dalam bidang keusahawanan bagi langkah-langkah membuat kimbap.
Aktiviti
Kelas ini dipimpin oleh petugas Pusat Internet Kampung Jemapoh. Petugas memberi penerangan mengenai menu makanan utama di negara Korea iaitu Kimbap. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar cara- cara untuk menghasilkan kimbap dengan bahan-bahan yang telah disediakan. Selain daripada itu, para peserta diberi peluang untuk mencuba menghasilkan kimbap kepunyaan masing-masing. Akhir sekali, para peserta dapat menghasilkan kimbap dengan jayanya dari hasil tunjuk ajar oleh petugas.
Tarikh |
: 04 Disember 2019 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh para warga emas. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar peserta langkah-langkah penggunaan akaun emel yang baru.
Aktiviti
Peserta diajar oleh petugas tatacara membuat emel menggunakan akaun Gmail. Selain itu, peserta mempelajari cara untuk menghantar dokumen seperti Microsoft Word atau Microsoft Point melalui emel. Selain daripada itu, peserta juga diajar bagaimana tatacara membuat karangan (Compose) menggunakan emel.
Tarikh |
: 08 Disember 2019 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah.Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menggalak pelajar menguasai kemahiran menaip dengan pantas dan tepat di Microsoft Word.
Aktiviti
Peserta memgakses program Microsoft Word di komputer masing-masing. Peserta menggunakan Microssoft Word untuk menaip artikel yang disedia oleh petugas. Selain itu, petugas memberi penerangan mengenai langkah-langkah mencipta artikel di Microsoft Word dengan cara yang betul dan mudah.
Tarikh |
: 16 November 2019 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah .Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para peserta.
Aktiviti
Peserta membuat latihan bagi subjek Bahasa Inggeris yang disedia oleh petugas. Peserta juga menjawab soalan kuiz menggunakan aplikasi Quizziz. Selain itu, sesi perbincangan jawapan juga diadakan.