Tarikh |
: 19 Januari 2021 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta berstatus OKU (Orang Kurang Upaya). Tujuan kelas ini adalah memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini akaun baru bagi permohonan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini akaun bagi permohonan BPR. Pertama sekali, peserta diminta untuk melayari laman web www.bpr.hasil.gov.my di carian Google. Setelah itu, peserta mengelog masuk pada akaun BPR dan membuat kemaskini maklumat yang baharu. Peserta juga berjaya menghantar permohonan BPR secara atas talian. Selain itu, peserta turut meminta petugas untuk mencetak borang BPR sebagai simpanan peserta untuk masa akan datang.
Tarikh |
: 16 Januari 2021 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendekatan kepada peserta tentang tatacara menjawab kuiz Bahasa Inggeris secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara menjawab quiz secara atas talian menerusi aplikasi Quizizz. Pertama sekali, peserta melayari laman web www.quizizz.com.my pada carian Google. Kemudian, peserta menaip “Grammar” pada bahagian carian Quizizz. Seterusnya, pelajar memulakan menjawab kuiz tersebut secara atas talian. Perbincangan jawapan bersama petugas juga diadakan setelah peserta selesai menjawab kuiz.
Tarikh |
: 04 Januari 2021 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menjawab kuiz secara atas talian menerusi aplikasi www.wordwall.com.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang aplikasi yang diguna untuk menjawab soalan kuiz secara atas talian. Pertama sekali, peserta menaip link yang diberi oleh guru pada ruangan carian. Setelah itu, peserta memulakan menjawab soalan kuiz secara atas talian tersebut dengan dipantau oleh petugas. Kemudian, peserta juga memaklumkan pada guru setelah selesai menjawab soalan kuiz tersebut.
Tarikh |
: 06 Januari 2021 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat perbankan secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat perbankan secara atas talian. Pertama sekali, peserta membuat pendaftaran akaun pada perbankan tersebut. Kemudian, peserta berjaya membuat pemindahan wang kepada penerima serta membuat pembayaran bil-bil secara atas talian melalui perbankan dalam talian tersebut.
Tarikh |
: 15 Disember 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat kemaskini maklumat pada akaun baru SPA9i.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat kemaskini maklumat pada akaun baru SPA9i. Pertama sekali, peserta mendaftar masuk akaun baru di www.spa9i.com.my. Setelah itu, peserta mengisi maklumat pada butiran peribadi dan akademik. Kemudian, peserta juga mengemaskini bagi permohonan jawatan yang baharu. Akhir sekali, peserta mengklik pada butang simpan setelah selesai mengemaskini maklumat baharu pada akaun tersebut.