Tarikh |
: 03 Oktober 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan penguasaan peserta dalam subjek Matematik dengan menggunakan aplikasi Quizizz.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang aplikasi https://quizizz.com.my. Selain itu, peserta diminta untuk menjawab soalan kuiz bagi subjek Matematik dengan menggunakan aplikasi tersebut. Antara soalan-soalan yang diberi adalah berkaitan dengan bab operasi darab dan soalan pecahan. Seterusnya, peserta menjawab soalan kuiz tersebut dengan baik. Akhir sekali, petugas mengadakan perbincangan jawapan bersama para peserta.
Tarikh |
: 19 September 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu peserta meningkatkan penguasaan dan pemahaman dalam subjek Bahasa Inggeris di kalangan peserta.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan kepada para peserta mengenai laman web https://wordwall.com.my. Selain itu, peserta diarahkan untuk menjawab soalan-soalan Bahasa Inggeris menggunakan laman web tersebut. Antara soalan latihan yang diberi adalah berkaitan tatabahasa, kosa kata dan sebagainya. Seterusnya, peserta menjawab soalan latihan yang diberi dengan baik. Akhirnya, petugas mengadakan perbincangan jawapan bersama para peserta.
Tarikh |
: 07 September 2020 |
Masa |
: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah membantu peserta mengisi borang permohonan kemasukan ke tahun satu bagi pengambilan tahun 2021 secara atas talian dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas mengajar peserta menggunakan enjin carian “google” untuk mengisi borang permohonan secara atas talian. Selain itu, peserta melayari enjin carian “google” untuk akses ke laman web yang ditetapkan iaitu https://public.moe.gov.my. Seterusnya, petugas meminta peserta membaca dan memahami manual pengisian borang terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Kemudian, peserta membuat pendaftaran baru bagi membuka akaun permohonan. Peserta juga mengisi maklumat yang diminta dalam borang permohonan kemasukan ke tahun satu secara atas talian. Akhirnya, peserta menyimpan maklumat yang telah diisi serta memuat turun borang permohonan yang telah lengkap diisi bagi tujuan pengesahan yang akan diserahkan pada pihak sekolah.
Tarikh |
: 12 September 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu peserta meningkatkan penguasaan dan pemahaman dalam subjek Matematik di kalangan peserta.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan kepada para peserta mengenai laman web https://latihtubimatematik. Selain itu, peserta diarahkan untuk menjawab soalan latihan Matematik yang telah disedia oleh petugas. Antara soalan latihan yang diberi adalah soalan pecahan, pembahagian serta perpuluhan. Seterusnya, peserta menjawab soalan latihan yang disediakan dengan baik. Akhirnya, petugas mengadakan perbincangan jawapan bersama para peserta.
Tarikh |
: 06 September 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 01.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pengetahuan dan pemahaman kepada para peserta bersempena dengan Hari Kemerdekaan.
Aktiviti
Petugas memberi sedikit taklimat kepada para peserta tentang Hari Kemerdekaan. Selain itu, peserta menjawab teka silang kata sempena Hari Kemerdekaan yang disedia oleh petugas. Seterusnya, peserta menjawab kesemua teka silang kata dengan baik. Akhir sekali, petugas juga mengadakan perbincangan jawapan bersama-sama dengan peserta.