Tarikh |
: 04 Julai 2020 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 1.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh 5 orang pelajar dari sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta untuk membina poster secara atas talian yang bertajuk "Langkah Pencegahan Covid-19 Di Sekolah" melalui laman web www.postermywall.com.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai laman web www.postermywall.com kepada para peserta. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar bagaimana membina poster yang ringkas secara atas talian menerusi laman web tersebut. Seterusnya, peserta mencipta poster yang bertemakan "Langkah Pencegahan Covid-19 Di Sekolah" seperti yang diarahkan petugas. Akhir sekali, peserta telah berjaya menghasilkan poster mereka tersendiri mengikut kreativiti masing-masing.